Total Pageviews Huda

Saturday 4 January 2014

Sesuatu yang Huda Rindui....

03 January 2014, dah 16 hari cabaran 30 hari, lagi 14 hari struggle untuk siapkan entry.

In sha ALLAH after cabaran 30 hari ni Huda akan selalu update blog Huda ye.

Mesti ramai yang tertunggu-tunggu entry Huda setiap hari kan?

Tak pon Huda je yang perasan ada yang menunggu. Hihihi.

Sesuatu yang Huda rindui ialah zaman kanak-kanak.

Pasti semua orang merindui zaman kanak-kanak kan?

Zaman yang pasti banyak memori manis di ingatan.

Huda rindukan saat-saat kami adik beradik bermain bersama-sama.

Dari bangun tido sampailah ke masa tido. Sangat kelakar.







Huda jugak rindukan masa belajar di Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah.

Jauh Huda merantau semata-mata untuk menuntut ilmu.

First time mak dan ayah Huda lepaskan Huda pergi.

Masa di SMTTM, Huda lah satu-satunya student yang tak boleh buang loghat Terengganu.

Best duk negeri Kelantan ni. Semua kawan-kawan baik belaka.

Rasa nak menziarah ke sana nanti bila ada kelapangan, dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umur.

Eti, rindu sangat ko Eti. Kawan yang paling sporting.

Sekarang masing-masing dah berumah tangga so agak susah untuk berhubung.

Maklumlah semuanya busy.


Setakat ni sahaja task 16.

Yang Benar,
Huda.

No comments:

Post a Comment