Total Pageviews Huda

Thursday, 13 March 2014

Kekal Cergas, Aktif dan Segar!!!

2 minggu Huda holiday sakan.

Alhamdulillah, bisnes tetap jalan.

Untuk minggu pertama, Huda and the geng (SYUKRAN & FIZA) gi KL.

Settlekan cek gaji latest Huda.

Yelah nak ke KL bawak Hamkahaiy lagi, memang agak mencabar.

Nasib baiklah ada dua orang teamwork Huda ni.

Diaorang sangat banyak membantu Huda.

Thanks geng!

Sebelum ke KL dah hangkut semua supplement Shaklee.

Yang paling tak lupe...SUSTAINED RELEASED VITA-C.

Tahu kenapa??

Kesan SR VITA-C ni memang superb!!!

Sampai ada yang perasan kulit Huda dah jauh berbeza.

Ni bukan perasaan ye.

Dah lama Huda cari supplement yang boleh cerahkan kulit.

Sekarang dah tak runsing nak cuci muka bagai.

Kulit pon dah tak berminyak.

Bab kata fiza..makin cantik :)

Minggu ke-2 Huda ke Cameron Highlands.

Supplement Huda memang tak miss.

Selalu telan.

Lenguh-lenguh dah takde.

Walaupon tido tak cukup masa kat Cameron tu.

Mana taknya, tido dalam bas je.

Dengan Hamkahaiy demam.

Sejukkkkk...

Lain kali Huda nak gi lagi Cameron.

Besttttt!!!!

Nyaman jeeeee :)

Peristiwa 13/03/2014


Dah macam cite "PANAS" kapal terbang hilang pulak haaa tajuk entry Huda kali ni kan.

Hehehe.

Al-kisahnya bermula bila Huda ke kedai membeli telur dan makanan malam.

Muhammad Hamkahaiy duduk dengan abahnya. 

Huda pon tak tahu macam mana Hamkahaiy boleh kunci pintu bilik air. 

Kalau adik beradik Huda ok je.

Masa tu adik ipar (mak sedara Hamkahaiy sebelah abah Hamkahaiy) Huda mandi.

Keluar je bilik air, adik ipar Huda ni pompuan terus dia sound "Mu jaga anok mu molek, buas" ("Ko jaga anak ko elok-elok, nakal").

Suami Huda apa lagi, terus cekik tengkuk adik dia.

Bukan nak malukan dia ke hape, tapi caranya tak kena. Budak kecik umur 3 tahun pon. Tak tahu apa-apa lagi, mana baik mana buruk, mana boleh buat mana tak boleh buat kan?

Dalam tengahari adik Huda sampai amik Huda nak balik ke Paka.

Apa lagi si abangnya terus marah-marah Huda.

Salah Huda ke? Huda ke kedai apa? Huda ke yang suruh Hamkahaiy kunci pintu bilik air adik ipar Huda tu??

Fikir logik lah bro!!

Dikatanya Hamkahaiy lalu lalang depan orang tengok tv semua.

Takkan nak ikat kaki Hamkahaiy kot??

Abang ipar Huda terus marah kat Huda..Huda tanya dia kenapa nak marah budak kecik buat macam tu? Hamkahaiy tak tahu apa pon.

Katanya Huda tak pandai mendidik anak.

Dia terus halau Huda dari rumah tu. 

Fine. Kalau betul katanya, khilaf tu datang dari Huda.

Tapi budak kot, dilarangnya manalah dia mahu dengar.

Huda terus beristigfar. Subhanallah. Allahuakhbar. Alhamdulillah.

Tak henti-henti. Dan Huda dapat kekuatan untuk menghadapi segala tohmahan itu.

Terus dia menghina Huda, katanya Huda tunjuk alim.

Terus dia mencarut, mencaci memaki Huda.

Huda bersabar. Huda buat tak dengar.

Betul. Ujian.

Dan doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan.

Sesungguhnya ALLAH itu MAHA KAYA, MAHA MENDENGAR, MAHA MEMBERI!!

Maaf, andai coretan Huda berunsur emosi.

Apa pendapat korang bila korang dalam situasi Huda?

Yang benar,
Insan Teraniaya.

Monday, 17 February 2014

Sate Ikan @ Locking


Nak tahu resipi Sate Ikan @ Locking??

Bahan-bahan:
500g isi ikan selayang (dikisar lumat)
100gm tepung ubi kayu @ tepung kanji
1 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu besar garam
☞ 1/3 sudu teh serbuk perasa

Cara Memasak:
  1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.
  3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
  4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
  5. Cucukkan pada lidi dan bakar.
nota : kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu tak melekat di tangan.

Selamat mencuba semua.

Shaklee2u

Hari ni Huda nak shared pages yang ada dalam Shaklee2u.

Antara kelebihan-kelebihan Shaklee2u.

Ruangan untuk login members sahaja.

Menu-menu yang terdapat dalam Shaklee2u.

Member message di mana terdapat berita semasa berkenaan Shaklee.

Ni adalah Genealogy Inquiry iaitu jumlah PUV, GUV, PPV dan GPV akan disenaraikan disini.

Bonus Inquiry dimana bonus-bonus yang pernah SID dapat dan akan terus di 'transfer' ke akaun SID.

Ni untuk transfer UV, biasanya moyang lah boleh transfer untuk anak, cucu dan cicit.

Online Enrolment adalah untuk pendaftaran ahli baru.
Borang untuk pendaftaran ahli Shaklee.


Ruangan membeli-belah barangan Shaklee.

Akaun SID Shaklee.

Kalendar untuk memudahkan SID Shaklee if nak join.

Ruangan Resource Centre untuk download mana-mana info berkenaan event Shaklee.

Kepada yang berminat ingin menjadi ahli Shaklee.

Boleh hubungi Huda di :

✉ Email: hudahamkahaiy@gmail.com

✆ Call/SMS: 017-9863963 (Huda)

➲ COD Area: Dungun, Paka, Kertih, Kemaman

Sunday, 16 February 2014

Cirit Birit


Apa itu Cirit-Birit?
  • Bukan sejenis penyakit tetapi gejala kepada penyakit-penyakit tertentu.
  • Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair.
  • Biasanya akan terhenti selepas rawatan simpromatik diberi serta merta.
  • Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius.
  • Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera , ia mungkin mengakibatkan maut.
 KOMPONEN
 CIRIT-BIRIT
NORMAL 
Bikarbonat (mEq per liter)
 30
30 - 45 
Klorida (mEq per liter)
 15
20 - 40 
Kalium (mEq per liter)
 90
35 - 60
Natrium (mEq per liter)
 40
25 - 50 
Air (meQ per liter)
 0.1 - 0.2
3 - 10 

Apakah Gejala Cirit-birit?
  1. Peningkatan kekerapan membuang air besar.
  2. Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  3. Terdapat angin atau kentut yang melampau.
  4. Kehilangan selera makan.
  5. Adakalanya demam.
  6. Adakalanya terasa mual dan muntah.
  7. Sakit otot.

Komplikasi Cirit-birit
  • Yang paling biasa adalah dehidrasi.
  • Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.
  • Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala atau tanda-tanda berikut :-
  1. Kehilangan 5-10% berat badan.
  2. Gelisah dan mudah tersinggung.
  3. Mata terbenam.
  4. Ketidakhadiran air mata.
  5. Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
  6. Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
  7. Kulit kehilangan keanjalan sedikit.
  • Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala atau tanda-tanda berikut :-
  1. Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
  2. Keletihan dan mungkin hilang sedar.
  3. Mata adalah terlalu terbenam.
  4. Ketidakhadiran air mata.
  5. Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
  6. Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
  7. Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.
  8. Kekurangan jumlah air kencing.

Apa Punca-punca Cirit-birit?
  1. Meminum air yang tercemar.
  2. Memakan makanan yang tercemar.
  3. Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
  4. Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya rotavirus, shigella dan ameba.

Apa Punca-punca Kronik?
  • Apabila cirit-birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :
  1. Penyakit gastrogenus atau perut - contohnya anemia, kanser.
  2. Selepas pembedahan - contohnya, gastrektomi.
  3. Penyakit-penyakit usus.
  4. Jangkitan usus yang kronik - jangkitan bakteria seperti salmonella, shingella.                                                     - jangkitan-jangkitan virus.                                                                                     - jangkitan-jangkitan protozoa.
  5. Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit.
  6. Kecacatan penyerapan.
  7. Fistula dalaman.
  8. Keadaan kekurangan zat - contohnya pelagra.
  9. Penyakit ulser yang biasa - contohnya ulseratif kolitis.
  10. Constitutional diseases - contohnya hyperthyroidism, uraemia, collagen diaseases.
  11. Organic neurological diaseases - contohnya intracranial disease.

Rawatan cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  1. Teruskan penyusuan bayi.
  2. Jika memberi susu formula, cairkan susu tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral selepas berunding dengan doktor.
  3. Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  4. Pantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
  5. Berunding dengan doktor jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis.

Rawatan Cirit-birit untuk orang dewasa.
  • Cirit-birit biasanya di alami untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sedirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami dirawat dengan segera.
  1. Minum air yang banyak.
  2. Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  3. Ambil cecair rehidrasi oral ( sila runding dengan pengawai farmasi anda )
  4. Ambil makanan yang lembut seperti bubur, biskut kraker, roti bakar, epal atau pisang yang dimasak.
  5. Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah yang lebih susah untuk dihadam.
  6. Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
  7. Pengambilan Performance Drink Shaklee juga turut membantu memberi tenaga kerana dehidrasi.
Minuman Hidrasi Tulen

  • Bekerja atau bersukan lasak menyebabkan tubuh kehilangan nutrisi penting yang diperlukan.
  • ShakleePerformance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penghidratan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
"Saya telah menggunakan pelbagai produk Shaklee semenjak sekolah menengah kerana saya tahu ianya asli dan membantu saya beraksi pada tahap terbaik" ----Eli Bremer----Pentathele---2008 Olympian-----

Berminat ingin mendapatkan Performance?

Hubungi Huda di 0179863963

Friday, 14 February 2014

TO DO LIST HUDA

Nak tahu apa yang Huda buat sehari-hari kat rumah?

Dengan adanya jadual TO DO LIST ni, kerja jadi lebih sistematik.

 6.00am
Bangun tidur serta Solat Subuh
 7.00am
Zikir Imam Ghazali Mengikut hari serta Zikir Harian
 8.00am
Masak, breakfast, basuh baju
 9.00am
Kemas rumah, jemur baju, blogwalking 1-5 blog
 10.00am
Uruskan Hamkahaiy 
 11.00am
Ajar Hamkahaiy A B C 
 12.00pm
Masak lunch 
 1.00pm
Lunch serta Solat Zuhur
 2.00pm
Update blog, blogwalking 1-5 blog
 3.00pm
Ajar Hamkahaiy 1 2 3 
 4.00pm
Tidurkan Hamkahaiy serta Solat Asar 
 5.00pm
Blogwalking 1-5 blog 
 6.00pm
Outdoors 
 7.00pm
Mandi serta Solat Maghrib 
 8.00pm
Tengok berita serta Solat Isya' 
 9.00pm
Main dengan Hamkahaiy 
 10.00pm
Tidurkan Hamkahaiy 
 11.00pm
Blogwalking 1-5 blog 
 12.00am
Update blog, set Hootsuite serta tidur 

Ni lah seharian Huda meghabiskan masa.

In sha ALLAH dengan adanya TO DO LIST ni, masa sehari-hari tidak terbuang begitu sahaja.

Mama-mama yang berkerja atau suri rumah tangga, eloklah jika amalkan buat TO DO LIST ni.

Selamat mencuba.

Salam sayang dari,
Huda

Cara-Cara Pendaftaran Ahli Shaklee

Langkah 1 : Masukkan Login ID (No ID Shaklee)

Langkah 2 : Klik Online Enrollment (Daftar Online)

Langkah 3 : Klik Agree (Setuju) untuk meneruskan pendaftaran ( Sila baca dan fahami aggrement di atas )

Langkah 4 : Isi maklumat keahlian. Jika telah berkahwin, sila masukkan maklumat pasangan anda. Pasangan anda juga boleh menggunakan sistem ini.

Langkah 5 : klik Data Consent (Persetujuan Data) untuk meneruskan pendaftaran.

Langkah 6 : Data Consent (Persetujuan Data) disertakan supaya mengelakkan penipuan.

Langkah 7 : Submit (Hantar) untuk meneruskan pendaftaran.

Langkah 8 : Please remember your Dist No and Your Temporary Password

p/s : kalau rasa tak sempat nak hafal atau tulis, print screen je untuk keselamatan dari tersalah tulis :)


Langkah 9 : Login untuk AHLI BARU

Langkah 10 : Klik Shopping (Membeli-Belah)

Langkah 11 : Isi borang penghantaran. Ini adalah untuk menghantar kit bag kepada AHLI BARU.

Langkah 12 : Pilih Opp. Kit (Eng/BM) atau Opp. Kit (Eng/Chi). Caj penghantaran RM10 akan dikenakan.

Tahniah, anda telah berjaya menjadi AHLI SHAKLEE.

Kepada yang berminat untuk menjadi AHLI SHAKLEE.

Bolehlah hubungi Huda di :
Call : 0179863963
Email : hudahamkahaiy@gmail.com
Facebook : Butik Vitamin

Tuesday, 11 February 2014

SLE ( LUPUS)

Apa itu SLE atau LUPUS?
  • LUPUS ialah perkataan Latin bagi serigala.
  • Erythematosus bermaksud ruam merah.
  • Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di atas muka seorang pesakit kelihatan seperti gigitan serigala.
  • Beliau menamakan ruam berkenaan sebagai Discoid Lupus Erythematosus.
  • Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenal pasti bahawa ramai orang yang menghidap LUPUS mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit, malah turut melibatkan organ dan sistem lain.
  • Beliau telah menamakan penyakit tersebut sebagai Systemic Lupus Erythematosus.
  • LUPUS ialah penyakit autoimun yang kronik di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui.
  • Antibodi ini mula bertindak terhadap tisu badan penyakit.
  • Sistem imun adalah sistem pertahanan diri yang kompleks untuk melindungi tubuh dari agen-agen penyakit berjangkit seperti bakteria dan organisma asing yang lain.
  • Jika seseorang menghidap penyakit autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu badan dan bukan agen-agen penyakit berjangkit.
  • Ada tiga jenis lupus : Discoid Lupus Erythematosus (DLE), Sistematik Lupus Erthematosus (SLE) dan Lupus akibat perubatan.
  • 90% peaskit SLE adalah kaum wanita dan 10% adalah lelaki.
  • Dipercayai 10,000 orang menghidap SLE di Malaysia.
  • Penyakit ini karang dihidapi oleh orang ramai.
Kenapa SLE berlaku?
  • Sistem imun tidak berfungsi dengan sempurna kerana pelbagai faktor sama ada keturunan, virus sinaran cahaya ultra ungu atau perubatan.
Simptom Lupus
Setiap pesakit mengalami simptom yang berbeza.
  • ruam merah atau perubahan warna pada muka, biasanya dalam bentuk rama-rama melintasi hidung dan pipi.
  • sendi yang sakit dan bengkak.
  • demam tanpa sebab.
  • sakit dada bila bernafas panjang.
  • kelenjar yang bengkak.
  • keguguran rambut yang luar biasa.
  • jari tangan dan kaki pucat membiru bila dalam keadaan tertekan.
  • sensitiviti terhadap cahaya matahari.
  • bilangan sel darah berkurangan.
  • banyak ulser di dalam mulut.
Tiada rawatan untuk penyakit lupus tetapi pesakit SLE boleh mengamalkan :
  • perubahan gaya hidup.
  • elakkan tekanan.
  • rehat dan tidur yang mencukupi.
  • bersenam.
  • sokongan sosial.
Korang boleh amalkan supplement. Huda akan consult mana yang sesuai untuk pesakit SLE.


Berminat?

Boleh hubungi Huda di :
Call : 0179863963