Total Pageviews Huda

Monday 13 January 2014

Cara Huda Menghabiskan Masa Lapang ialah :


Wah, sekejap je masa bergerak. Hari ni dah 12hb Januari 2014. 

"CABARAN 30 HARI ENTRY BLOG" berbaki lagi 6 hari, iaitu masih ada lagi 12 entry perlu disiapkan.

ALHAMDULILLAH..setakat ni Huda belom lagi lopong entry blog Huda. Al-maklumlah suri rumah sepenuh masa.

Kerja Huda mengadap facebook dan berkongsi fungsi-fungsi vitamin Shaklee.

Siapa tak nak sihat kan? Lebih-lebih lagi kaum wanita. Kami amat menjaga kesihatan diri.

Kaum lelaki juga tidak kurang dalam menjaga kesihatan diri mereka.

Alamak, dah macam doktor pulak. Haha.

Disini Huda nak ceritakan sedikit bagaimana cara Huda menghabiskan masa lapang Huda.

Hari-hari ialah masa lapang Huda sebab Huda hanya buat bisnes dengan Shaklee je. 

Ada juga Huda buat dropship, jualan topup dan mencari agen topup. 

Ni semua sampingan sahaja. 

Sebelum Huda join Shaklee ni, Huda memang sudah bergiat aktif dalam bisnes dan Huda sangat-sangat suka berbisnes, mungkin tidaklah terlalu observation.

Biasanya masa-masa lapang Huda dihabiskan dengan satu-satunya buah hati pengarang jantung Huda, Hamkahaiy.

Huda bawak Hamkahaiy pusing-pusing satu taman.

Nak ke taman permainan, dekat Paka ni tak secure. 

Pagar takde, Hamkahaiy suka berlari ke jalan. Ibu stamina tak cukup kuat. Hihi.

Taman permainan yang paling secure pernah Huda bawak ialah di Padang Astaka, Kemaman. 

Huda juga menghabiskan masa lapang dengan muhasabah diri sendiri.


Maksudnya, Huda cuba selami apa yang Huda nak, apa yang Huda dah capai, apa yang Huda cuba capai dalam masa terdekat.

Bila dah muhasabah ni, semangat makin naik taw.

Apa pun ujian melanda...Huda dapat lakukan tanpa rasa penat!

Itu sahaja untuk TASK 24-ENTRY 1.

Wasalam,
Huda

No comments:

Post a Comment