Total Pageviews Huda

Thursday, 13 March 2014

Peristiwa 13/03/2014


Dah macam cite "PANAS" kapal terbang hilang pulak haaa tajuk entry Huda kali ni kan.

Hehehe.

Al-kisahnya bermula bila Huda ke kedai membeli telur dan makanan malam.

Muhammad Hamkahaiy duduk dengan abahnya. 

Huda pon tak tahu macam mana Hamkahaiy boleh kunci pintu bilik air. 

Kalau adik beradik Huda ok je.

Masa tu adik ipar (mak sedara Hamkahaiy sebelah abah Hamkahaiy) Huda mandi.

Keluar je bilik air, adik ipar Huda ni pompuan terus dia sound "Mu jaga anok mu molek, buas" ("Ko jaga anak ko elok-elok, nakal").

Suami Huda apa lagi, terus cekik tengkuk adik dia.

Bukan nak malukan dia ke hape, tapi caranya tak kena. Budak kecik umur 3 tahun pon. Tak tahu apa-apa lagi, mana baik mana buruk, mana boleh buat mana tak boleh buat kan?

Dalam tengahari adik Huda sampai amik Huda nak balik ke Paka.

Apa lagi si abangnya terus marah-marah Huda.

Salah Huda ke? Huda ke kedai apa? Huda ke yang suruh Hamkahaiy kunci pintu bilik air adik ipar Huda tu??

Fikir logik lah bro!!

Dikatanya Hamkahaiy lalu lalang depan orang tengok tv semua.

Takkan nak ikat kaki Hamkahaiy kot??

Abang ipar Huda terus marah kat Huda..Huda tanya dia kenapa nak marah budak kecik buat macam tu? Hamkahaiy tak tahu apa pon.

Katanya Huda tak pandai mendidik anak.

Dia terus halau Huda dari rumah tu. 

Fine. Kalau betul katanya, khilaf tu datang dari Huda.

Tapi budak kot, dilarangnya manalah dia mahu dengar.

Huda terus beristigfar. Subhanallah. Allahuakhbar. Alhamdulillah.

Tak henti-henti. Dan Huda dapat kekuatan untuk menghadapi segala tohmahan itu.

Terus dia menghina Huda, katanya Huda tunjuk alim.

Terus dia mencarut, mencaci memaki Huda.

Huda bersabar. Huda buat tak dengar.

Betul. Ujian.

Dan doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan.

Sesungguhnya ALLAH itu MAHA KAYA, MAHA MENDENGAR, MAHA MEMBERI!!

Maaf, andai coretan Huda berunsur emosi.

Apa pendapat korang bila korang dalam situasi Huda?

Yang benar,
Insan Teraniaya.