Total Pageviews Huda

Thursday 2 January 2014

Cadangan Huda Untuk Menjadikan Malaysia A Better Place To Live?


Malam ni Huda nak update untuk task 15-entry 1.

Dalam banyak-banyak task. Task 15 ni agak mencabar.

Berkait dengan negara tuh. Hehe.

Takut jugak tersalah topik. Tak pasal-pasal Huda kena ban.

Malaysia, tanah tumpah darahku. Petikan ayat ni tak asing lagi bagi kita.

Sejak kita di bangku sekolah, kita diterapkan dengan sejarah Malaysia.

Sampailah sekarang. Walaupon dapat result sejarah pada peperiksaan SPM cukup-cukup makan je.

Tapi sekurang-kurangnya kita semua tahu sejarah Malaysia.

Sudah 29 tahun Huda hidup di muka bumi Malaysia.

Tak semua negeri di Malaysia Huda jelajahi.

In sha ALLAH ada rezeki dan panjang umur, impian Huda ingin mengelilingi seluruh negeri di Malaysia termakbul.

Makin lama Malaysia makin tak selamat. Betul kata orang, nasib baik tinggal di Malaysia, Malaysia masih aman. 

Takde perang, takde puting beliung, takde gunung berapi, takde tsunami.

Tapi dari segi keselamatan sebenar-benarnya, Malaysia dah pon mempunyai rekod-rekod seperti pembunuhan, dadah, rogol dan sebagainya.

Maklumlah makin ramai penduduk, keselamatan pon makin terancam.

Cadangan Huda, pergiatkan lagi aktiviti-aktiviti nilai murni dan ilmu keagamaan.

Sebagai contoh, negara Brunei. Mereka mengamalkan agama Islam dengan sebenar-benarnya.

Huda yakin dengan adanya pegangan agama yang kuat, semua masalah aktiviti tidak bermoral pasti dapat dilupuskan.

Huda sekarang pon nak keluar rumah dengan Hamkahaiy berdua pon rasa tak selamat.

Apatah lagi kalau orang selalu memerhatikan kita.

Negara kita makin ramai warga asing.

Huda takutkan orang daripada hantu.

Hantu ni zat. Tak dapat nak apa-apakan kita.

Orang ni sanggup membunuh taw.

Nyawa ni satu-satunya pinjaman dariNya yang kita kena jaga sehabis baik.

Ini sahaja nukilan Huda.

Jika ada tersalah kata, Huda mintak maaf banyak-banyak.

Your Faithfully,
Huda.

No comments:

Post a Comment