Total Pageviews Huda

Wednesday 1 January 2014

Asma Kanak-Kanak

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!

Azam tahun lepas dah accomplish ke? Kalau belum forward tahun ni pulak.

Chaiyok-chaiyok semua!!

OK. Entry ke 2 untuk task 13 ialah asma kanak-kanak.


Asma ni bukan hanya menyerang kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
Asma merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas kerana keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkoil di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasana bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam (bagi dewasa). 

Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan lalu menyebabkan udara di dalam paru-paru mengurang. Akibatnya pesakit boleh pengsan.
sumber : WIKIPEDIA

Asma atau lelah merupakan satu penyakit yang boleh dianggap biasa di kalangan kanak-kanak. Ianya berlaku di kalangan 8-10% kanak-kanak dimana keradangan ini menyebabkan saluran paru-paru membengkak dan menghasilkan lendir yang berlebihan serta menjadi lebih sensitif.

Faktor-faktor penyebab asma bagi kanak-kanak ialah
  • genetik
  • habuk atau kutu rumah, debunga dan bulu binatang
  • jerebu dan pencemaran udara
  • persekitaran yang sejuk
  • jangkitan saluran pernafasan, batuk dan selsema
  • asap rokok
Tanda-tanda asma
  • batuk terutama pada waktu malam atau cuaca sejuk
  • nafas berbunyi atau "wheezing" (seperi siulan)
  • rasa ketat atau ketegangan di dada
  • kesusahan bernafas atau batuk selepas aktiviti fizikal
  • tak boleh tidur malam
Tanda-tanda asma yang teruk
  • kesusahan bernafas
  • kesusahan untuk bersuara atau bercakap
  • kelihatann sangat penat
  • kebiruan pada kuku dan bibir
  • terdapat lekuk pada bahagian dada apabila bernafas
Rawat asma dengan OMEGA GUARD Shaklee
Kebaikan Omega Guard (KLIK SINI)

Manfaat Omega Guard (KLIK SINI)

Kelebihan Omega Guard (KLIK SINI)

Siapa perlukan Omega Guard (KLIK SINI)




No comments:

Post a Comment