Total Pageviews Huda

Tuesday 31 December 2013

Swift! Idamanku!

Dah pun task ke-12.

Tajuk kali ni kereta impian.

Seperti entry lepas bertajuk Impian Huda!!. Huda ada ceritakan pasal impian Huda.

In sha ALLAH dengan izinNya dan usaha empat kerat Huda sendiri, Huda pasti BOLEH apa yang Huda impikan.

Kereta impian Huda pastinya Swift!

Nak tahu kenapa?

Firstly Huda ceritakan pasal kereta impian Huda ye.

Generasi kedua Suzuki Sport 1.6 merupakan kereta yag dibawa 100% dari Jepun dan ia didatangkan dengan reka bentuk yang menarik dan didatangkan dengan enjin yang lebih berkuasa.






Suzuki Swift Sport menggunakan enjin MI6A yang menghasilkan 134hp pada 6,900rpm dan 160Nm pada 4,400rpm. Suzuki juga menaik taraf beberapa sistem pada versi terbaru swift antaranya transmisi gear dari lima kelajuan dinaik taraf kepada enam kelajuan. Suzuki mengatakan Suzuki Sport mampu mencapai 8.7saat 0-100km/h.

Transmisi manual mempunyai 10km/h lebih laju daripada transmisi CVT dengan kelajuan maksima 195km/h. Penggunaan minyak untuk transmisi manual dikatakan pada 6.5liter untuk 100km dan CVT pula menggunakan 6.4liter untuk 100km.

Apa yang menarik lagi tentang Swift Sport adalah versi ini didatangkan dengan bodykit yang menarik. Bumper di bahagian depan dan belakang. Skirts di bahagian tepi, spoiler di bahagian atas, lampu bi-xenon dan exzos berkembar serta rim 16inci.

Bahagian dalaman juga turut dibuat menarik, kerusi yang menggunakan kain hitam dengan jahitan kontras merah. Swift Sport juga turut menyertakan kawalan pelayaran, automatik aircond, pedal keluli tahan karat dan sistem keselamatan termasuk enam beg udara. ABS, ESP, tali pinggang keledar tiga mata penuh. Model CVT pula menggunakan sistem pemegang bukit untuk keselamatan anda ketika menggunakan jalan berbukit.

Kereta ini lebih lebar 55mm dari versi lama dan keluasan lain juga bertambah 125mm. Berat kereta ini juga dikurangkan 30kg dari versi dahulu. Berat versi manual 1,070kg manakala berat CVT 1,085kg. Suzuki Swift Sport 1.6 di datangkan dengan dua variasi warna iaitu Champion Yellow dan Snow White Pearl.

Huda lagi suka kaler merah. Merah mak ngah. Hehe.
Wah..panjang lebar entry Huda pasal kereta idaman ni.

Maklumlah fanatik sangat. Hehe.

Sekian,
Huda.

Monday 30 December 2013

Kurangkan Kolestrol! Jauhi Darah Tinggi!

Darah tinggi merupakan pembunuh No.1 dalam diam di Malaysia yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Tekanan darah tinggi juga dipanggil Hypertensi.


Tahukah Anda?
Jantung bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh badan.

Di Malaysia, peratus penghidap darah tinggi ialah 24%. Lebih 2,800,000 rakyat Malaysia mempunyai darah tinggi dan seramai 80% tidak menyedarinya. Kira-kira 4.8 juta orang atau 43% daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi darah tinggi.

Tekanan darah tinggi dan bacaan darah tinggi adalah berbeza bagi setiap individu.

Penyakit darah tinggi ialah penyakit genetik.

Kebanyakan penyakit darah tinggi diketahui pada usia 25 tahun dan ke atas sewaktu pemeriksaan kesihatan umum.

Tekanan darah tinggi yang bahaya ialah apabila mencapai di atas 140/90 mmHg. Tekanan darah tinggi diukur dengan menggunakan merkuri, maka unit yang digunakan adalah mmHg.

Terdapat 2 cara bacaan pada tekanan darah tinggi yang menunjukkan tekanan darah sewaktu jantung mengepam darah dan sewaktu jantung berehat.
  • tekanan sistolik iaitu bacaan atas
  • tekanan diastolik iaitu bacaan bawah
Bacaan Tekanan Darah.

Kategori
Sistolik 

Diastolik 
Normal
< 120 
and 
< 80 
Pra Hypertensi
120-139
or 
80 - 89 
Tekanan darah tinggi Peringkat 1
140-159 
or 
90 - 99 
Tekanan darah tinggi Peringkat 2
> 160 
or 
> 100 

Sebab-sebab Darah Tinggi
  • cara hidup tak aktif
  • umur melebihi 35 tahun
  • kegemukan
  • paras kolestrol tinggi
  • faktor keturunan dan sejarah keluarga
  • pengambilan alhokol yang berlebihan dan merokok
  • pengambilan garam yang tinggi
  • ubatan seperti steroid, ubat anti radang
  • penyakit buah pinggang
  • stress
Tanda-tanda Darah Tinggi

Kebanyakan orang tidak menunjukkan tanda-tanda mempunyai tekanan darah yang tinggi sehingga tekanan darah menjadi amat tinggi.

Kebiasaannya tanda-tanda yang sering dijumpai ialah :
  • sakit
  • pening kepala
  • hidung berdarah
Komplikasi Darah Tinggi 
  • otak
  • penyakit jantung
  • komplikasi pada mata
  • komplikasi pada buah pinggang
  • peripheral vascular disease
Jom sama-sama kita amalkan hidup yang sihat dengan mengamalkan supplement Shaklee.

membekalkan semua sokongan yang diperlukan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada radikal bebas.
merendahkan paras kolestrol yang tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung.
mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular.

Kepada yang berminat, boleh hubungi Huda di :
Call / SMS /Whatsapp / WeChat di : 0179863963
E-mail : n_hudalias@yahoo.com.my
Facebook : vitamin cantik paka

Qoute Yang Paling Bermakna Bagi Huda!

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur untuk meneruskan perjuangan dan menikmati hidup ini. Syukur padaMu Ya Allah.

Dah hari ke-11 untuk task "Cabaran 30 hari" ni.

Yang pasti, jom kita amalkan Ya Wahhab 1000x. 

Susah? 

Tak susah pun. 

Senang aja bila kita dah serasi.

Huda mulakan Ya Wahhab 3 hari yang lepas atas tunjuk ajar "Moyang" Huda (Khadeejah Hasmad). 

Terima kasih banyak-banyak Deeja.

1stly, kawan Huda yang order GLA bulan lepas ada sms Huda. Nama kawan Huda kak su Kawan dia nak order GLA dengan Huda namanya kak tie.

Huda tunggu punya tunggu, 2 hari lepas Kak Su sms Huda. Kak Tie ni pon sms Huda. 

Dari sinilah qoute kami bermula.

1stly Kak Tie deal nak order Vivix dengan GLA.

Huda on je. Tapi Kak Tie ni tak nak postage.

Pastu Kak Tie tukar order sebab sekarang ni promosi OMEGA GUARD.

Kebetulan Huda ke Kemaman balik rumah mertua di Mak Chili.

Huda terus pinjam stok dari SID Suriati yang duk Telok Kalong, Kemaman.

Sempat jugak lah Hamkahaiy main kat taman permainan ngan main air pantai.

Kak Tie ni 1st customer Huda yang order banyak sekaligus.

2 botol OMEGA GUARD dan 1 botol GLA.

1 minggu Huda pegang stok sebab takde transport nak hantar.

See, betapa pentingnya transport sekarang ni.

Memang Huda ada kereta, tapi kena baiki dulu baru boleh COD jauh-jauh.

Last-last dah banyak kali tertunda nak jumpa.

Siap suami Huda sendiri tawarkan nak hantar tapi Huda berat hati nak kasi.

Mungkin ada hikmahnya.

Hari sabtu lepas Huda pon gi lah hantar ke Felda Cerol, Kemaman.

Nasib baik suami Huda takde kerja.

Dialah yang drive dan tunjuk jalan nak ke sana.

Kata Kak Tie, next month nak order lagi.

Alhamdulillah rezeki dariNya!

Terima kasih Kak Tie.

Yang Benar,
Huda.

Sunday 29 December 2013

Keputihan?

Pasti ramai yang mengalami keputihan kan? Nak tahu lebih detail pasal keputihan?

Huda pon alami benda yang sama.

Boleh tengok entry Huda yang lepas ye. (KLIK DISINI).

Huda cuma nak tambah sikit-sikit lagi pasal keputihan.

Keputihan juga dipanggil flour albus.

Keputihan ni bukan hanya berlaku kepada orang dewasa bahkan kanak-kanak taw dan biasanya kanak-kanak tidak begitu mempedulikan masalah keputihan ni.

Keputihan terbahagi kepada dua iaitu :

1- fisiologi ialah cairan kadang-kadang berupa mukus yang mengandungi banyak epitelium dengan sedikit leukocyte. Keputihan jenis ini boleh berlaku pada bayi perempuan yang baru lahir sehingga berumur kira-kira sepuluh hari, semasa wanita datang haid, masa ovulasi, keadaan yang kronik di kalangan wanita dengan neurosis, wanita dengan porsionis ectopion uteri serta wanita dewasa yang dirangsang sebelum dan semasa persetubuhan.

2- patolgi ialah cairan yang berupa mukus yang mengandungi banyak epitelium dengan lebih banyak leukocyte. Biasanya keputihan jenis ini disebabkan oleh jangkitan (julat, bakteria, parasit & virus). Walau bagaimana pun, ia juga boleh menyebabkan kehadiran benda-benda asing dalam lubang vagina, putus haid disebabkan oleh gangguan hormon, kecacatan sejak lahir alat kelamin perempuan, kehadiran kanser atau malignant kemaluan, terutamanya di dalam serviks.

Jangkitan akibat kumat (bakteria) :
  • Gonococcus atau dikenali sebagai GO. Warna kekuningan, sebenarnya adalah nanah yang terdiri daripada sel-sel darah putih yang mengandungi bakteria Neisseria Gonorrhoea. Bakteria mudah dibunuh selepas menggunakan sabun, alkohol, bahan cucu dan cahaya matahari. Cara jangkitan adalah melalui hubungan seks.
  • Chlamydia Trachomatis iaitu bakteria yang sering menyebabkan penyakit mata trakhoma dan didapati di dalam cecair faraj dengan Diemsa pewarnaan.
  • Gardenerella pula adalah keradangan faraj tetapi tiada sebab tertentu. Biasanya ianya mempunyai sel-sel epitelium faraj membentuk sel-sel petunjuk biasa dan menghasilkan asid amino yang ditukar menjadi sebatian amina berbau hanyir dan berwarna kelabu.
  • Treponema Pallidum adalah punca kepada sifilis iaitu penyakit kelamin. Penyakit ini boleh dilihat sebagai ketuat kecil dalam lubang vagina dan bibir kemaluan.
  • Candida ialah jangkitan kulat yang mana ianya adalah cecair likat, putih susu (krim sering berbentuk) dan gatal-gatal. Vagina menjadi merah disebabkan keradangan. Kecenderungannya dijangkiti adalah kehamilan, kencing manis dan amalan mengambil pil perancang.
Parasit Trichomonas Vaginalis adalah paling cair dan banyak seperti air buih sabun, berbau, gatal-gatal, kemerahan vulvar, sakit apabila ditekan atau semasa membuang air kecil.

Papilloma Manusia Virus (HPV) dan Herpes Simplex juga menyebabkan keputihan.

Dan untuk merawat keputihan ni bolehlah amalkan ALFAFA COMPLEX. 
Selain dapat menghilangkan keputihan, ALFAFA COMPLEX juga dapat booster susu ibu.

Huda sendiri amalkan ALFAFA COMPLEX dan kesannya memang wallah!! (KLIK SINI)

Boleh tengok testimoni-testimoni kami ye. (KLIK TESTIMONI) :)

Info Keputihan

Assalamualaikum & Selamat Tengahari Puan-Puan Semua.

Saya nak share info sikit iaitu "KEPUTIHAN".

Seperti yang puan-puan & adik-adik ketahui. Ramai wanita pasti mengalami keputihan. Cuma bezanya ada banyak dan sedikit je.


Untuk pengetahuan semua kaum wanita khususnya, 

"Lebih kurang 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida"

Terjadinya penyakit keputihan ini kerana akibat daripada jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan juga faraj wanita.

Perkara yang paling ditakuti oleh kaum wanita ialah jangkitan kuman (vineral disease) seperti Syphilis dan Gonnorhea iaitu penyakit-penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks.

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin adalah proses biasa bagi seorang wanita. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk melindungi sel-sel dan saluran dinding faraj. Tanpa lendir ini, sel-sel ini akan menjadi kering dan rosak.

Kekeringan pada faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih, cair tanpa bau dan tidak rasa gatal. 

Lendir yang berwarna putih dan pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk serta rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. 

Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah menandakan yang faraj dan sistem peranakan anda telah dijangkiti bakteria.

Outdoor Activity Kegemaran Huda.

Outdoor activity kesukaan Huda banyak.

Semua benda yang kat luar tu Huda nk buat. Hehe.

Huda paling suka bab jalan-jalan. Yelah kata orang jauh perjalanan, luas permandangan.

Tapi banyak lagi tempat Huda belum jelajah.

Lepas abih kontrak ni, asyik memerap dalam rumah je dengan Hamkahaiy.

Mood nak keluar pon dah terbantut. Hihi.

Keluar pon gi COD kat customer.

Takde COD duk umah je lah.

2 3 hari ni je aktif sikit.

Nasib baik dah pandai drive. 

Kalau tak sangkut lah nak keluar dengan musim hujan lagi sekarang ni. 

Dengan Hamkahaiy lagi.

Takut jugak keluar dengan motor.

Bab mandi kat air terjun tu zaman bujang-bujang je sanggup gi jauh-jauh. 

Dapat mandi puas hati.

Tak sampai sebulan nak gi lagi.

Sekarang ni kena gi dekat-dekat je  lah, yang rasa selamat untuk Hamkahaiy.

Dulu masa berdua je dengan abang, abang Huda ni suka memancing.

Sampai bertambah hitam kulit Huda taw.

Duk tunggu dapat ikan.

Tengah-tengah panas pulak tu.

Tapi nak ikut sangat.

Tahan kepanasan lah.

Abang Huda ni suka pantai.

Katanya berangin.

Huda tak suka.

Sebab rasa melekit.

Tu jelah untuk task 10-entry 1.

Sekian,
Huda

Anda Mengalami Masalah Period Tidak Teratur?

Apa itu haid tidak teratur atau tak tetap?

Kitaran haid yang tidak teratur adalah haid yang tak tetap dimana, haid mungkin berlaku terlalu awal atau terlalu lewat. Ia jugamungkin disebabkan oleh gangguan hormon yang menjadi punca haid tak teratur. Masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah kesuburan bukan disebabkan saluran fallopio tersumbat. 

Jika wanita yang menghadapi haid terlalu kerap dan panjang juga sebenarnya menghadapi masalah sakit puan kerana fenomena ini akan menyebabkan menopaus sebelum waktunya.

Tahukah Anda?
Gangguan ovulasi adalah berpunca kepada 40% daripada kes-kes ketidaksuburan di kalangan wanita!

Kitaran haid dipengaruhi hormon kewanitaan iaitu estrogen dan progesteron.

Pendarahan haid pula biasanya berlaku dalam tempoh tiga hingga lima hari.

Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur kitaran haidnya hanya 21 hari atau melebihi 36 hari atau berada di antara 21 hari hingga 36 hari, namun ianya tidak tetap.

Dalam sesetengah keadaan, hormon boleh menyebabkan pendarahan yang tak menentu masa dan jumlah sama ada terlalu sedikit atau banyak.

Perubahan corak kitaran haid berpunca saripada perubahan jumlah dan masa pengeluaran hormon oleh kelenjar tiroid, adrenal, pituitari dan hipotalamus yang menyebabkan ovari lambat atau tidak mengeluarkan telur.

Kelenjar tiroid, pituitari dan adrenal boleh menyebabkan sesuatu hormon dikeluarkan terlalu sedikit dan sebaliknya.

Jika wanita itu pernah mengalami haid, walaupun sekali bermakna wanita itu mempunyai rahim, ovari serta laluan keluar yang telus.

Haid yang tidak teratur tidak mengakibatkan pertambahan berat badan.

Masalah gemuk juga dikaitkan dengan penyakit Sindrom Polisistik Ovari (PCOS) dimana biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon adrogen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut) serta masalah kesuburan.

Penyebab Haid Tidak Teratur?
  • terlalu kurus
  • gemuk
  • kegagalan tiroid
  • senaman yang keterlaluan
  • gangguan emosi
  • tekanan
  • tempoh penyembuhan daripada penyakit atau pembedahan
Atasi Masalah Haid Tidak Teratur Dengan GLA Shaklee?
GLA (asid linolenik gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. 

GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin - bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Minyak benih bunga matahari adalah salah satu lagi sumber asid lemak Omega-6.

Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
  • menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  • menyokong sistem imun
  • minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah terserap.
Berminat untuk mencuba GLA? Boleh hubungi Huda di :

Call / Whatsapp / WeChat : 0179863963
E-mail : n_hudalias@yahoo.com.my
Facebook : vitamin cantik paka

Saturday 28 December 2013

Impian Huda!!

Tajuk task 9 ialah impian yang sedang anda usahakan.

Impian yang Huda sedang usahakan ialah:
1) rumah
  • Huda nak rumah yang boleh jimat space dan ada cukup ruang untuk kami 1 family. Sebabnya Huda nak anak 2 orang je. So akan hanya ada empat orang je lah kat rumah.
ni ha, design rumah impian Huda :)

2) ke Disneyland bersama suami dan anak (Muhammad Hamkahaiy)
  • Huda nak sangat ke Disneyland, lebih-lebih lagi bila dah ada anak ni. Dah terbayang gelagat Hamkahaiy. Ibu dan abah lah yang kejar Hamkahaiy. Bukan apa, takut hilang. Hehe.
3) kereta Swift
  • biarlah orang cakap "Apa barang amik Swift?". Huda dah lama minat Swift ni. Sebabnya Swift kecik, sesuai untuk Huda yang berbadan kecil nak drive. Lagi satu Huda tak suka ruang yang besar-besar even kereta pun. 
4) Galaxy Tab 3 kids untuk Muhammad Hamkahaiy
  • ni hadiah untuk Hamkahaiy sebab Huda tengok Hamkahaiy pandai main dengan gajet. Bukan hanya Hamkahaiy, semua budak-budak zaman millenium begitu. Hehe.
5) Samsung S4 untuk Huda
  • wah, S4 bagi Huda dah cukup grand. Sebenarnya Huda minat iphone5. Nipis, cantik, tahan lasak dan nampak glamour. Tapi bila dah tengok kekurangan pada iphone5, Huda beralih arah ke samsung. S4 ni canggih je. Smooth. Lancar. Aduh, tak tahu macam mana nak gambarkan.
6) Tablet 
  • tablet ni untuk bisnes Shaklee Huda. Untuk online. Dah tak sanggup rasanya online pakai nset yang ada sekarang ni. Dah hang pon. 
Tu je lah task yang berjaya Huda siapkan malam ni.

Tunggu the next entry form me ya.

Friday 27 December 2013

Resdung?

Apa itu Resdung?
Resdung atau sinusitis adalah radang pada lapisan rongga hidung yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung ada dua jenis iaitu akut dan kronik. Kuman yang menjadi punca penyakit iaitu streptococcus dan staphyloccus.

Tanda-Tanda Resdung?
  • hidung selalu tersumbat
  • lendir dari hidung dan tekak
  • sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
  • sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Punca-Punca Resdung?
  • alahan
  • struktur hidung yang tidak normal
  • kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi
  • menyelam di air sungai atau kolam yang kotor
  • genetik
Individu Berisiko Resdung?
  • alah pada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung tersumbat
  • mempunyai ketumbuhan hidung
  • kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  • turbinate dinding hidung yang besar yang menyebabkan sinus tersumbat
Supplement Shaklee Resdung?

Lokasi Pelancongan Impian Huda

Wah, tajuk best ni! Lokasi perlancongan impian Huda.

Banyak lokasi perlancongan yang Huda nak pergi.

Impian Huda nak mengelilingi seluruh negeri.

Singgah satu-satu negeri. Pasti seronok. 

Dengan telatah Hamkahaiy lagi.

Tak sabar, tak sabar, tak sabar.

Huda paling suka tempat-tempat bersejarah macam Melaka!

Wah, dah terbayang kami jalan-jalan pusing bandar Melaka.

Suka, suka, suka!

Huda nak bergambar kat A'Famosa dan kat semua tinggalan sejarah dahulu kala.

Sampai sekarang Huda tak dapat imagine macam mana zaman dahulu kala.

Nasib baiklah ada tinggalan sejarah.





Huda juga nak gi pulau-pulau. 

Kat Malaysia ni kan banyak pulau. 

Di pulau boleh romantik-romantik sikit.

Hehe.

Seronok, seronok, seronok!

Thursday 26 December 2013

Keguguran Rambut. Apa Penyebab? Apa Rawatannya?

Masalah rambut ada pelbagai jenis iaitu:
  1. mediterranean
  2. pramasa
  3. uban pramasa
  4. keguguran rambut
  5. selepas bersalin
  6. bentuk bulatan
  7. kulit kepala berminyak
  8. penyakit kronik
  9. kelumumur
  10. rambut kering
Keguguran rambut adalah salah satu masalah yang agak serius. 

Semakin ramai wanita mula mengalami masalah keguguran rambut yang awal dan uban pramasa. 

Bagi kebanyakan wanita, rambut yang semakin jarang memang memberi tekanan terutamanya rambut mula gugur dari bahagian atas kepala.

Faktor-faktor keguguran rambut adalah berbeza di antara lelaki dan wanita.

Jika rambut berkelumumur, sangat berminyak, bercabang, senang putus dan sangat gatal, berkemungkinan mengalami masalah rambut yang serius.

Jika tindakan diambil dengan cepat, ianya masih boleh diatasi.

Jika tidak, ia kan membawa kepada masalah keguguran rambut yang berkekalan.

Keguguran rambut wanita disebabkan oleh:

  • sindrom selepas bersalin
  • menopous
  • diet terlampau
  • tenaga kerja
  • keturunan
  • kerinting dan cabut
  • kulit kepala berminyak
  • berpenyakit
  • jangkitan bakteria
  • kelumumur
Keguguran rambut sebelum dan selepas bersalin merupakan keguguran rambut yang biasa pada wanita.

Masalah keguguran rambut merupakan cabaran terbesar bagi wanita!

Semasa tempoh hamil, wanita akan mengambil pelbagai jenis antibiotik.

Ini menyebabkan sistem imun dan fungsinya tidak lancar dan seterusnya menyebabkan keguguran rambut.

Tiga hingga lima bulan selepas bersalin, kira-kira 30% daripada jumlah rambut akan gugur.

Wanita juga kehilangan rambut kerana stamina dan kesihatan yang lemah selepas bersalin.

Ciri-ciri keguguran rambut ialah:
  1. keguguran rambut 3 - 5 bulan selepas bersalin
  2. keguguran rambut berjumlah kira-kira 50%
  3. dalam kes yang lebih serius, rambut gugur secara bertompok-tompok
  4. kulit kepala berminyak atau gatal
  5. keguguran "rambut bayi"
Kebiasaannya, rambut yang gugur akan tumbuh semula selepas kira-kira lima bulan.

Walau bagaimanapun, jika rambut terus gugur selepas tempoh lima bulan dan kulit kepala semakin jelas kelihatan, anda tidak patut mengabaikannya!

Ini akan menjadikan anda tua dan lesu langsung tidak seperti ibu muda.

Masalah keguguran rambut juga akan menjadi masalah kekal.

Cara merawat keguguran rambut ialah:


Buku Kegemaran Huda.

Buku kegemaran Huda ialah novel. Huda suka baca novel sejak dari form 4. Masa tu Huda belajar kt SMTTM (Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah). Memang kat hostel kami tak dibenarkan membawa sebarang jenis novel atau majalah.

Huda mulakan membaca novel setiap kali ada cuti sekolah, yelah cuti sekolah ni biasanya lama. So, Huda, adik dan kawan ke perpustakaan awam untuk meminjam novel. Had pinjam adalah sebanyak 2 biji sahaja. Semua orang pon tahu kan?

Kitaorang pinjam yang tebal-tebal sahaja. Lepas habis baca, kitaorang saling tukar. Sampai masa pulangkan balik. Semua orang pernah gi perpustakaan kan?

Best membaca ni, selain dapat memperbaiki ejaan dan sebutan bagi kami orang Terengganu yang banyak 'G' ni. Sekarang ni alhamdulillah, Huda agak fluent bila talk with others dari luar Terengganu. Confident sikit bila bercakap tu. Hehe.

Banyak novel yang Huda dah baca sampai dah lupa jalan ceritanya. Walaupon Huda minat membaca novel, tapi takde sebiji pon Huda beli. Semua pinjam je. 

Buat apa beli, sedangkan baca hanya sekali. Membazir je kan? Sekarang ni pon dah bertambah novel kat rumah, adik Huda lah ni suka meminjam, so kak long pon tumpang sekaki lah. 

Ni haa...novel-novel yang ada kat meja kerja Huda.


Kenali Sakit Jantung.


Apa itu sakit jantung?

Sakit jantung adalah salah satu penyakit kardiovaskular yang menyerang jantung kita.

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. 


Bila sahaja otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi, seseorang itu dikatakan menghidap sakit jantung.


Bekalan darah ke otot jantung tidak mencukupi kerana disebabkan oleh saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi oleh lemak iaitu kolestrol.


Kesakitan yang amat sangat dirasai pada bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam dan terus menjalar ke arah tangan kiri dan rahang serta mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.Penyebab rasa sakit ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian jantung tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih bahaya serangan jantung. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian otot jantung akan rosak dan ini akan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat dan dinamakan "serangan sakit jantung".

Punca-punca sakit jantung?
  • asap rokok
  • kandungan lemak yang tinggi
  • kurang bersenam
  • darah tinggi
  • kencing manis
  • keturunan
  • berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan
  • perokok
  • gagal mengawal tekanan darah
  • penghidap kencing manis
  • masalah mengawal tekanan
  • pemakanan yang tinggi kolestrol dan lemak
  • kurang memakan sayur dan buah segar

Wednesday 25 December 2013

Rumah Impian Huda

Aku boleh! Aku boleh! Aku boleh!

Pembakar semangat Huda di pagi hari ni 25 Disember 2013 berserta dengan Ya Wahhab 1000x. Alhamdulillah semuanya lancar pagi ni.

Berbalik kepada tajuk yang Huda nak siapkan task ialah rumah impian Huda.
Memang agak peliklah rumah impian Huda. Bukan apa, disebabkan rasa berkenan dengan ruangan yang ada.

Selain tu, rumah idaman Huda ni bertemakan alam semulajadi. Kan pokok-pokok berikan oksigen kat kita. Dah macam saintis pulak.

Lagi satu rumah impian Huda ni jimat space. Sebab bertingkat-tingkat. Kat Malaysia ni takde lagi kot. Sebab kebiasaannya orang Jepun je yang buat rumah macam ni. Haha.
Dah macam dokumentari pulak entry Huda kali ni. Korang pon dah letih nak baca kan?

Ok2..Huda stop sampai sini dulu. Tunggu kemunculan task 6 entry 2 (sakit jantung) pulak ye...

Adios..Di sini Huda lampirkan gambar-gambar berkaitan dengan rumah impian Huda.