Total Pageviews Huda

Wednesday 15 January 2014

Healing Crisis!!

Task kali ni bertajuk "Healing Crisis" atau Krisis Penyembuhan dalam bahasa melayu.

Apa itu "Healing Crisis"?
  • Healing crisis ialah proses dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas.
  • Proses ini akan bermula dengan menyingkirkan toksin yang telah lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup.
  • Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang mebuat anda rasa tidak selesa dan ia dipanggil healing crisis.
  • Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan healing crisis.
Kenapa healing crisis terjadi selepas mengambil supplement?
  • Apabila kita mengambil nutrien, ia akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan.
  • Tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses PEMBERSIHAN dan PENYINGKIRAN TOKSIN dalam badan anda yang telah lama terkumpul.
  • Proses ini terjadi untuk menggantikan tisu yang lama dengan tisu yag baru.
Adakah healing crisis petanda yang baik?
  • Ya.
  • Healing crisis merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau supplement yang diambil benar-benar berkesan.
  • Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan healing crisis yang sebenar.
  • Umumnya, healing crisis hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. 
Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama?
  • Setiap orang adalah berbeza.
  • Bergantung kepada faktor umur dan tahap kesihatan masing-masing.
  • Sesetengah individu akan mengalami healing crisis sebaik sahaja mereka mengambil supplement.
  • Sesetengah individu pula akan mengalami healing crisis selepas satu atau dua bulan.
  • Kesannya juga berbeza jika lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi healing crisis.
Berapa lamakah tempoh healing crisis?
  • Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu.
  • Ia mungkin mengambil masa sehingga seminggu atau mungkin berbulan lamanya.
Orang lain cepat je baik, kenapa saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan?
  • Secara umumnya, selepas satu hingga dua bulan pengambilan supplement, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya.
  • Sekiranya tiada sebarang perubahan pada tubuh badan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
        -> tidak mengamalkannya setiap hari
        -> tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
        -> kurang minum air putih
        -> takut kepada healing crisis
        -> mengamalkan pemakanan seharian yang tidak sihat dan sempurna
        -> mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
        -> kurang tidur
        -> mengalami penyakit kronik
        -> mengalami masalah emosi
        -> hilang keyakinan

Bagaimana cara untuk mengurangkan kesan healing crisis?
  • Perlu minum air yang banyak supaya kesan healing crisis dapat di atasi.
  • Jangan risau sekiranya anda mengalami healing crisis.
  • Ia bukan satu petanda ketidakserasian atau badan anda tidak sesuai dengan supplement, malah ia adalah petanda yang bagus untuk tubuh badan kita.
Kenapa perlu minum air yang banyak?
  • Air amat diperlukan dalam proses ini untuk membuatkan supplement menyerap ke dalam sistem badan dengan lebih maksimum.
  • Ini memudahkan proses penyingkiran toksin dalam tubuh badan anda.
  • Pengambilan supplement adalah dalam bentuk yang sangat pekat.
  • Kekurangan air akan menyebabkan darah menjadi pekat.
  • Oleh itu perlu banyak minum air.
  • Jika anda jenis yang kurang suka minum air, lupakan saja untuk mengamalkan supplement.
  • 25kg berat badan memerlukan 1L air.
  • Bermakna keperluan air pada setiap orang ialah berat badan bahagi 25 = ? L.
Adakah perlu stop amik supplement?
  • Tidak.
  • Teruskan dan healing crisis akan berhenti secara perlahan sehingga segala toksindalam badan disingkirkan.
  • Pengambilan supplement perlu diteruskan sampai bila-bila kerana badan kita perlukan nutrien untuk membina sel-sel baru dalam badan.
Jadual healing crisis.
Sakit kepala yang melampau
tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin 
Demam, tidak cukup rehat
meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
Cirit birit, najis, air kencing, peluh berbau
menyahtoksin, bahan buangan dan sisa-sisa terhimpun banyak dalam usus besar.
Kembung perut
sistem penghadaman lemah 
Ruam, jerawat, kulit gatal, kelumumur, keluar lendir
fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat, toksin banyak terkumpul dalam badan. 
Selsema, kahak
fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak (menyahkan toksin) 
Pendarahan hidung
kekurangan darah 
Rasa sakit pada otot dan sendi
badan berasid, toksin terkumpul pada badan yang sakit  
Rasa sakit pada bahagian bermasalah
mempercepatkan healing crisis 
Masalah tidur atau terlalu aktif
sistem saraf yang lemah
Kitaran haid tidak menentu, hormon tidak seimbang, penyakit buasir, kegatalan pada alat sulit, lendir yg banyak
sistem rahim bermasalah 
Lapar, pening
tekanan darah rendah, anemia 
Loya, sembelit, tersedu
sistem hadaman yang lemah, masalah hati 
Edema (membengkak)
masalah buah pinggang 
Badan terasa hangat
metabolisma meningkat
Rasa segar di waktu malam
metabolisma lemak berlebihan dalam badan 
Najis hijau / kehitaman
pembuangan sisa-sisa toksin pada usus besar 
Air kencing macam darah
Pembuangan batu karang yang telah hancur 
Rasa kembung, sendawa / buang angin
menormalkan sistem pencernaan 
Rasa sakit pada tempat yang telah sakit
pembuangan toksin pada organ berkaitan 
Mengantuk dan keletihan
pembuangan racun dalam tubuh 
Pening, rasa pitam dan peluh sejuk
pembuangan racun, terutamanya pesakit diabetes dan darah tinggi 
Sembelit
menormalkan sistem pembuangan 
Muka sedikit sembab
menormalkan fungsi ginjal 
Mulut kering
metabolisma dalam tubuh meningkat 
Panas dalam
memperbaiki sistem kekebalan selular pada mokusa mulut 
Tiada tindakbalas
badan sihat 
Haid tidak teratur
menormalkan keseimbangan hormon
Selsema, batuk berkahak
menormalkan sistem pernafasan yang lemah 

No comments:

Post a Comment