Total Pageviews Huda

Saturday, 11 January 2014

Lima Orang Terpenting In My Life!!

Diam tak diam hari ni dah 23 hari "CABARAN 30 HARI ENTRY BLOG".

Makin Huda sukakan cabaran. Cabaran untuk hari ke-23 ialah :

5 orang terpenting dalam hidup Huda dah tentunya emak, ayah, nenek, Muhammad Hamkahaiy dan suami Huda.

Terima kasih tak terhingga Kak Huda (panggilan manja kat rumah) ucapkan kepada emak dan ayah yang selama ni jaga Kak Huda dari kecik sampailah besor sekarang ni. Dan sampai dah ada anak pun, emak dan ayah masih lagi menjaga Huda. Halalkan semua makan minum Kak Huda selama Kak Huda hidup ni. Kak Huda doakan emak dan ayah dipanjangkan umur. In sha ALLAH suatu hari nanti (dalam masa terdekat), Kak Huda akan membalas semua jasa-jasa emak dan ayah!!. 

Ini janji Huda untuk emak dan ayah Huda.

Kepada nenek (tok),
Huda ada tok sorang je. Maaf sebab jarang-jarang balik kampung. Tok kan tahu Hamkahaiy sangat aktif. Tok kan tahu kami jauh nak gi sokmo rumah tok. In sha ALLAH tok, lepas Huda berjaya, hari-hari Huda balik rumah tok. Masok ke tok, makan sama-sama, gi jalan-jalan. Tok kan suka jalan-jalan. Walaupon umur tok dah nak masuk 90tahun. Huda doakan tok sentiasa sihat dan dipanjangkan umur. Aamin.

Hamkahaiy, 
Kesayangan ibu, buah hati ibu, nyawa ibu, kekuatan ibu, racun dan penawar ibu. Hamkahaiy jadi anak yang soleh ye. Rajin-rajin belajar, usaha tangga kejayaan sayang!! Ibu sangat-sangat sayang Hamkahaiy!! Ingat Hamkahaiy, di dunia bukan semuanya senang untuk dapat. Usaha kuat-kuat ye sayang. Tu yang ibu selalu ajar Hamkahaiy. Ibu ajar Hamkahaiy berdikari sejak kecil lagi. Bukan ibu nak dera Hamkahaiy, tapi ibu nak Hamkahaiy tidak bergantung kepada orang lain. Ibu tahu Hamkahaiy seorang yang cerdik. Walaupon agak sedikit nakal. Tapi takpelah, semua yang terjadi mengajar kita lebih kuat lagi.

Untuk Bey (panggilan untuk suami Huda),
Maafkan ney sebab tak dapat jadi isteri yang sempurna untuk bey. Maafkan ney tak bersama bey dikala kita susah. Maafkan ney sebab ney kadang-kadang termarah bey. Ney manusia biasa, apa-apa kelemahan ney harap bey terimalah ye. Ney sedia menerima kelemahan bey. Walaupun kadang-kadang kita tak bersama. Ney tengah usaha untuk family kita bey. Ney harap bey pon sama-sama usaha dengan lebih kuat lagi. In sha ALLAH dengan usaha kita, kita dapat hidup selesa macam orang lain. Malah lebih daripada orang lain. Chaiyok-chaiyok bey.

Alamak, dah macam karangan masa exam SPM je.

Huda bajet nak buat simple-simple je. Ayat pendek-pendek.

Nah, sekali menaip engkau..dah tak ingat objektif asal. Hahaha.

Ape-ape pon selamat membaca korang.

Mak jemah nak rehatkan jari jemari sat. :P

Hasil Taipan Oleh :
Huda.