Total Pageviews Huda

Thursday, 9 January 2014

Cat, My Pets.

Bercerita pasal binatang kesukaan ni, Huda sukakan kucing.


Sangat-sangat suka.

Dalam banyak-banyak binatang, Huda excited bila tengok kucing.

Hamkahaiy pon sama.

Huda teringat masa duduk rumah sewa dengan suami di Kertih dolu-dolu.

Huda namakan kucing ni "Belang". Sebab apa nama belang?

Sebab kucing ni berbelang-belang. Cantik bulunya.

Macam mana boleh dapat Belang?

Masa tu Huda, Suami & Hamkahaiy ke bandar baru Kertih.

Masa tengah tunggu traffic lite hijau, kitaorang tunggu kat bawah pokok yang redup.

Time tu merempit kami 3 beranak. Haha.

Huda dengar ada bunyi kucing dalam longkang.

Huda cakap kat suami, ada kucing. Nak amik boleh tak?

Suami izinkan. Tapi tak tau nak letak mana.

Yang kelakarnya, Huda letak dalam baju somi Huda. Tak lah kena angin sangat kucing tu.

Sebab Huda dah pon dokong Hamkahaiy.

Nanti tak pasal-pasal Hamkahaiy kene cakor. Hihi.

Hamkahaiy tak main sangat dengan kucing.

Yelah, baby lagi. Tak tau ape pon.

Yang dia suka, bila Belang menikus.

Suka tengok gelagat Belang dan Hamkahaiy.

Tak lama lepas tu, kami berpindah ke rumah sewa yang lain.

Belang ni kami bawak jugak taw.

Somi Huda siap belikan kandang untuk Belang.

Sekarang ni Belang dah takde. 

Dah lari ikut kucing lain.

Sedih. Ape-ape pon. Belang..ibu love u!

Ditaip Oleh:
Huda.