Total Pageviews Huda

Monday 23 December 2013

Cerita Tentang Alias bin Che Muda & Zabiah binti Ismail.

Bermulalah kisah tentang parents Huda.

Mengikut cerita mak Huda, mak ngan ayah jatuh cinta pandang pertama. Mak bagitau yang ayah datang ke rumah nenek (mak kepada mak Huda). Lepas tu diaorang terserempak kat tangga. Apa lagi next weeknya terus masuk meminang dan seterusnya kawin. Dengan terbinanya masjid ini, maka lahirlah kami lima beradik.

Agak-agak korang lah, zaman sekarang ada tak lagi macam kisah mak ngan ayah Huda? 

Ayah Huda dilahirkan pada 01.01.1958 di Kampung Raja, Besut, Terengganu. Ayah Huda adalah anak kedua daripada empat beradik. Umur ayah Huda sekarang 55 tahun. Ayah Huda dulu kerja as pump attendant kat stesen minyak Bukit Besar, Kuala Terengganu. Ayah dulu gi kerja naik motor Yamaha je. Lepas tu ayah dinaikkan pangkat as driver lorry minyak Petronas. Mak ngan ayah menyewa di Batu Buruk. 

Mak cite lagi, biasanya arwah atuk Huda selalu amik Huda bawak balik rumah nenek. Malam lepas habis kerja mesti ayah gi amik balik Huda. Tiba-tiba terasa sangat diri Huda ni disayangi. Yelah, parents mana tak sayangkan anak-anaknya kan?

Selepas dikurniakan 3 orang anak, rezeki ayah Huda makin bertambah. Ayah Huda dinaikkan pangkat sebagai driver boss di Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. bhd. So, kami pun berpindah ke Paka. Dengan gaji masa tu hanya RM400, sewa rumah, belanja anak-anak, belanja dapur, bil elektrik lagi. Alhamdulillah cukup untuk kami lima beranak.

Agak lama jugak ayah Huda kerja sebagai driver ni. Sebab setiap hari ayah Huda akan bawak balik van company. Lepas tu ayah Huda selalu balik lewat. Huda tak tahuyang ayah Huda dah jadi clerk. Huda masa tu kecik lagi, tak tahu apa kerja ayah sebenarnya. Nasib baik lah cikgu bagi kerja rumah cerita pasal family. Sama macam task dari 'Moyang' Deeja ni jugak.

Setelah Huda meningkat umur belasan tahun, ayah Huda selalu pulang lewat malam ke rumah. Yelah kerja clerk ni agak busy. Rupa-rupanya ayah Huda kerja as Health and Safety Officer. So, bila ada shutdown, ayah Huda terpaksa bermalam di tempat kerja. Even ayah Huda busy, setiap kali ada family day mesti ayah Huda bawak kami adik beradik. Best!

Ayah Huda pencen awal bulan january 2013 awal tahun baru ni. Sekarang ni kewangan parents Huda bergantung pada bilik sewa yang ayah Huda buat dengan duit pencen.

Dah lah cite pasal ayah Huda. Huda nak cite kisah mak Huda pulak.

Mak Huda bernama Zabiah binti Ismail. Dilahirkan pada 19.06.1963 di Kampung Banggol Nyior, Tepoh, Terengganu dan anak kelima dari sepuluh adik beradik. Tapi empat orang meninggal. So tinggallah enam beradik. Sekarang umur mak Huda 50 tahun.

Mak Huda ni sangat kuat orangnya. Bertukang boleh, plumbing boleh, menternak boleh..bak kata orang "Malaysia bolehhh". Haha. Mak Huda minat bercucuk tanam dan ada satu kisah masa mak Huda zaman belasan tahun. Mak Huda angkut jerami padi berkilo-kilo. Aduh, penat sangat tu. Letih yang teramatnya. Huda pun buat kerja banyak sikit pun dah tersangat-sangat penat.

Mak Huda pernah bekerja di Nursery Nor iaitu tempat jual pokok-pokok bunga dan semua jenis tanaman. Hari-hari mak Huda menyiram pokok, membersihkan sampah-sampah dengan upah RM30 per day.

Mak Huda memang kuat bebel. Tapi rasanya bukan mak Huda sorang je kot, mak orang lain pun sama. Dan sejak Huda jadi mak ni, mulut ni tak berhenti bebel even hal kecik. Ni namanya release tension. Haha. Makin tension adalah.

Mak Huda ni rupa macam arabian sikit, macam blood mix gitu.
Dengan putih kulitnya, hidung mancung tapi rendah. Ada gambar mak Huda zaman muda-muda..kurus je. Macam Huda sekarang lah.

Apa lagi ek pasal mak Huda.
Oh ye mak Huda ni pandai menjahit jugak taw. Zaman Huda kecik-kecik dulu, mak Huda amik tempahan jahit baju sekolah dari jiran-jiran sebeleh rumah ni. Dari sinilah Huda timbul minat nak menjahit. Puas hati taw dapat menjahit ni even lambat siap dan tak berapa kemas. Nanti lama-lama kemaslah jahitan kan?.

Mak Huda pandai masak nasi hujan panas. Memang superb! Kebiasaannya mak Huda akan masak masa hari-hari perayaan atau request dari anak-anak.
Huda tak cuba lagi masak resipi turun temurun family mak ni.

Walaupun mak Huda dah agak berusia dan dah ada uban tapi Huda tetap nampak mak Huda macam zaman 30an lagi.

Mok, Kak Huda sayang mok!
Mok, Kak Huda akan balas semua jase-jase mok & ayoh selame besorkan
Kak Huda!
Mok, Kak Huda akan senangkan mok & ayoh!
Mok, ampunkan semua dose-dose Kak Huda.

No comments:

Post a Comment