Total Pageviews Huda

Wednesday, 25 December 2013

Telatah Muhamad Hamkahaiy :)

Untuk Task 5 ni Huda agak kelam kabut, tak sempat nak siapkan awal-awal. Bajet duduk Kemaman sehari dua je. Dah sampai 3 hari duk sana.

Haa...tajuk ni sangat best!! 

Hari #5
Entry #1: Video telatah anak/anak saudara anda yang mencuit hati

Setiap ibu bapa confirm akan record apa jua berkenaan anak masing-masing kan? Termasuklah Huda. Ada je gelagat Muhammad Hamkahaiy yang Huda nak record. Entah rasa menarik pulak. Bila Hamkahaiy dah semakin besar ni, Huda tunjuk kat dia balik. Ketawa dia, sukalah tu tengok muka sendiri dalam video.

Nah, sekarang moyang 'Deeja' pulak suruh buatkan task tajuk berkenaan anak. Lagilah naik gila menaip nak siapkan task ni. Tapi tak sempat gila lagi lah. Hahaha.

Dalam banyak-banyak video Hamkahaiy yang Huda record, ini yang paling mencuit hati Huda.
Pandai je Hamkahaiy main dengan baby. Terharu pulak ibu yang tengok ni. Tak pernah-pernah Huda tengok Hamkahaiy bermain dengan baby.

Nak upload video punyalah berejam. Tak sabar nak taip entry 2 ni.

Jemputlah tengok ye kawan-kawan semua. :D