Total Pageviews Huda

Saturday 21 December 2013

Apa Itu Sakit Sendi?

Ok, malam ni Huda buat Task 1 Entry 2 pulak.

Entry 2 ni berkisar tentang sakit sendi.

Seperti semua orang tahu, ramai di antara kita yang mengalami sakit sendi tak kira yang berusia atau yang masih muda.


Sakit sendi atau dipanggil arthritis ialah kesakitan yang dialami pada sendi-sendi yang disebabkan oleh penggunaan sendi yang berlebihan atau penuaan.

Mommies semua nak tahu, sakit sendi ni ada banyak kategori.

Tapi sakit sendi yang paling kerap dialami ialah :

i) Osteoarthritis merupakan kehausan arthritis yang disebabkan oleh kerosakan jaringan tulang rawan.

ii) Rheumatoid arthritis merupakan jenis radang artritis yang terjadi akibat daripada penggunaan sendi yang berlebihan.

iii) Gout adalah salah satu sakit sendi yang menyebabkan rasa ngilu, terbakar, kaku dan bengkak di sendi secara mendadak.

Huda explain lebih details pasal sakit-sakit sendi di atas ye.

1. Osteoarthritis disebabkan oleh kerana terlalu menggunakan sendi seperti bersukan, obesiti atau penuaan dan sering terjadi pada sendi yang menanggung berat badan, misalnya lutut, pinggul, kaki dan tulang belakang.

Gejala-gejala Osteoarthritis ialah :

  • Rasa nyilu yang mendalam
  • Susah memakai baju atau menyikat rambut
  • Susah menggenggam benda
  • Susah untuk duduk atau membongkok
  • Sendi terasa panas bila disentuh
  • Kaku di pagi hari lebih kurang sejam
  • Nyilu masa berjalan
  • Kaku ketika berehat
  • Bengkak sendi
  • Hilang pergerakan pada sendi
2. Rheumatoid arthritis adalah penyakit autoimun iaitu radang sendi yang paling umum. Kebiasaannya dialami oleh perempuan. Ianya terjadi kerana sistem kekebalan tubuh menyerang bahagian tubuh iaitu sendi yang dipengaruhi oleh kerosakan sistem kekebalan tubuh itu. Penghidap penyakit ini akan mempunyai benjolan pada kulit yang dipanggil nodul rheumatoid. Benjolan ini terjadi di sendi-sendi yang menerima tekanan seperti buku-buku jari, siku atau tumit.

Gejala-gejala Rheumatoid arthritis ialah :
  • Rasa nyilu dan kaku 
  • Bengkak di tangan, pergelangan tangan, siku, bahu, lutut, pergelangan kaki, kaki, rahang dan leher.
  • Sendi terasa panas ketika disentuh
  • Kaku di pagi hari
  • Masalah pernafasan
  • Tiada selera makan
  • Turun berat badan
  • Demam
  • Ruam
3. Gout ialah sakit sendi terutama di ibu jari kaki, pergelangan kaki atau lutut yang mengakibatkan rasa ngilu, terbakar dan kaku.Biasanya gout menyerang lelaki sahaja. Gout terjadi kerana berat badan yang  berlebihan, minum banyak alkohol atau makan terlalu banyak daging dan ikan yang mengandungi purin yang tinggi.

Gejala-gejala gout ialah :
  • Bengkak
  • Kemerahan
  • Rasa nyilu pada waktu malam pada ibu jari kaki anda.
Sakit-sakit sendi ini boleh dirawat dengan pengambilan vitamin Shaklee iaitu :

Kepada yang berminat untuk mencuba serta mendapatkan tawaran promosi (Omega Guard), bolehlah hubungi Huda di :

Call / SMS / Whatsapp / WeChat : 0179863963
E-mail : n_hudalias@yahoo.com.my
Facebook : vitamin cantik paka

No comments:

Post a Comment