Total Pageviews Huda

Sunday 22 December 2013

Percutian Family Huda.


Assalamualaikum semua.

Tajuk untuk task 3 Entry 1 ialah percutian family Huda, tapi setakat kawin ni takde lagi gathering dengan family.

Cuma gi sendiri-sendiri je. 

Maklumlah Huda dan suami PJJ.

So, Huda cerita percutian family Huda masa zaman kecik-kecik lah. 

Masa tu umur Huda 12 tahun.

Kenangan ni tak mungkin Huda lupakan. 

Semuanya masih segar di ingatan.

Percutian family merangkap "Mystery Drive" yang dianjurkan oleh Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn. bhd.

Best taw berkonvoi ramai-ramai.

Mystery Drive bermula di Kertih - Kota Bharu - Penang.

Banyaklah hentian kena berhenti untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan termasuklah Penjara Marang (yang Huda ingatlah). 

Soalannya : Kenapa Penjara Marang diberi nama Penjara Terbuka Marang?

Jawapannya : (ada kat pagar penjara marang sebab Huda sendiri pun tak tahu jawapannya). Hehe

Lepas tu kitaorang bertolak ke Hotel Ansar, Kota Bharu. 

Wah! Memang ramailah. 

Semua huda tak kenal. Hehe.

Ni hotel islamik taw. Sangat bersih. Sangat cantik. 

First time Huda jumpa hotel yang bersih, cantik dan bercirikan Islam.

Sampai sekarang masih jelas di ingatan reka bentuk hotel ansar tu.

Putih, bersih dan wangi jeee.

Kitaorang bermalam kat situ hanya 1 malam. 

Breakfast makan agar-agar je. Sebab ayah yang ambilkan makanan.

Kecik lagi masa tu, tak tahu macam mana nak serve sendiri.

Kemudian, kami bertolak ke Pulau Pinang.

Singgah sebentar di Jana Kuasa Elektrik di Jeli (kalau tak silap Huda lah).

Bergambar bagai. Adik Huda je yang keluar. 

Huda dengan adik-adik yang lain mak tak kasi keluar. 

Tengok ikut cermin je lah.

Kemudian kami meneruskan perjalanan.

Pejam celik, pejam celik dah sampai ke Pulau Pinang.

Bergambar sakanlah kami adik beradik.
Ni lah kenangan percutian keluarga yang tak dapat Huda lupakan.

Tu je lah kisahnya. 

Suami Huda cakap family dia pun join sama jugak Mystery Drive ni. 

Tapi masa kecik Huda dengan suami tak kenal pon lagi.

Tak syok mana pun baca kan? Tapi bagi yang mengalaminya, memang terbayang balik. Macam video je. Ni pon Huda masih terbayang lagi. Jelas. Gambar semua tak tahu ke mana. Kena selongkar balik.

Huda nak bawak family Huda bercuti pulak. 3 hari 2 malam pun dah OK. Doakan Huda ye kawan-kawan.

No comments:

Post a Comment