Total Pageviews Huda

Sunday 29 December 2013

Info Keputihan

Assalamualaikum & Selamat Tengahari Puan-Puan Semua.

Saya nak share info sikit iaitu "KEPUTIHAN".

Seperti yang puan-puan & adik-adik ketahui. Ramai wanita pasti mengalami keputihan. Cuma bezanya ada banyak dan sedikit je.


Untuk pengetahuan semua kaum wanita khususnya, 

"Lebih kurang 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida"

Terjadinya penyakit keputihan ini kerana akibat daripada jangkitan kulat kandida yang terdapat pada dubur dan juga faraj wanita.

Perkara yang paling ditakuti oleh kaum wanita ialah jangkitan kuman (vineral disease) seperti Syphilis dan Gonnorhea iaitu penyakit-penyakit yang dijangkitkan menerusi hubungan seks.

Pengeluaran lendir keputihan dari kemaluan tidak semestinya menandakan penyakit. Disebaliknya ia mungkin adalah proses biasa bagi seorang wanita. Lendir dikeluarkan oleh faraj dan pangkal rahim untuk melindungi sel-sel dan saluran dinding faraj. Tanpa lendir ini, sel-sel ini akan menjadi kering dan rosak.

Kekeringan pada faraj sering dialami oleh wanita-wanita yang telah putus haid (menopause) dan ini boleh menimbulkan masalah seperti rasa sakit sewaktu bersetubuh dan terkeluarnya darah dari dinding faraj.

Kebiasaannya sifat dan rupa lendir atau keputihan itu adalah jernih, cair tanpa bau dan tidak rasa gatal. 

Lendir yang berwarna putih dan pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk serta rasa gatal-gatal pada sekeliling faraj. 

Adakalanya warna lendir itu berwarna kemerahan atau coklat kerana bercampur darah menandakan yang faraj dan sistem peranakan anda telah dijangkiti bakteria.

No comments:

Post a Comment