Total Pageviews Huda

Sunday 16 February 2014

Cirit Birit


Apa itu Cirit-Birit?
  • Bukan sejenis penyakit tetapi gejala kepada penyakit-penyakit tertentu.
  • Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair.
  • Biasanya akan terhenti selepas rawatan simpromatik diberi serta merta.
  • Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius.
  • Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera , ia mungkin mengakibatkan maut.
 KOMPONEN
 CIRIT-BIRIT
NORMAL 
Bikarbonat (mEq per liter)
 30
30 - 45 
Klorida (mEq per liter)
 15
20 - 40 
Kalium (mEq per liter)
 90
35 - 60
Natrium (mEq per liter)
 40
25 - 50 
Air (meQ per liter)
 0.1 - 0.2
3 - 10 

Apakah Gejala Cirit-birit?
  1. Peningkatan kekerapan membuang air besar.
  2. Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  3. Terdapat angin atau kentut yang melampau.
  4. Kehilangan selera makan.
  5. Adakalanya demam.
  6. Adakalanya terasa mual dan muntah.
  7. Sakit otot.

Komplikasi Cirit-birit
  • Yang paling biasa adalah dehidrasi.
  • Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.
  • Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala atau tanda-tanda berikut :-
  1. Kehilangan 5-10% berat badan.
  2. Gelisah dan mudah tersinggung.
  3. Mata terbenam.
  4. Ketidakhadiran air mata.
  5. Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
  6. Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
  7. Kulit kehilangan keanjalan sedikit.
  • Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala atau tanda-tanda berikut :-
  1. Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
  2. Keletihan dan mungkin hilang sedar.
  3. Mata adalah terlalu terbenam.
  4. Ketidakhadiran air mata.
  5. Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
  6. Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
  7. Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.
  8. Kekurangan jumlah air kencing.

Apa Punca-punca Cirit-birit?
  1. Meminum air yang tercemar.
  2. Memakan makanan yang tercemar.
  3. Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
  4. Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya rotavirus, shigella dan ameba.

Apa Punca-punca Kronik?
  • Apabila cirit-birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :
  1. Penyakit gastrogenus atau perut - contohnya anemia, kanser.
  2. Selepas pembedahan - contohnya, gastrektomi.
  3. Penyakit-penyakit usus.
  4. Jangkitan usus yang kronik - jangkitan bakteria seperti salmonella, shingella.                                                     - jangkitan-jangkitan virus.                                                                                     - jangkitan-jangkitan protozoa.
  5. Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit.
  6. Kecacatan penyerapan.
  7. Fistula dalaman.
  8. Keadaan kekurangan zat - contohnya pelagra.
  9. Penyakit ulser yang biasa - contohnya ulseratif kolitis.
  10. Constitutional diseases - contohnya hyperthyroidism, uraemia, collagen diaseases.
  11. Organic neurological diaseases - contohnya intracranial disease.

Rawatan cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  1. Teruskan penyusuan bayi.
  2. Jika memberi susu formula, cairkan susu tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral selepas berunding dengan doktor.
  3. Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
  4. Pantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
  5. Berunding dengan doktor jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis.

Rawatan Cirit-birit untuk orang dewasa.
  • Cirit-birit biasanya di alami untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sedirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami dirawat dengan segera.
  1. Minum air yang banyak.
  2. Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  3. Ambil cecair rehidrasi oral ( sila runding dengan pengawai farmasi anda )
  4. Ambil makanan yang lembut seperti bubur, biskut kraker, roti bakar, epal atau pisang yang dimasak.
  5. Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah yang lebih susah untuk dihadam.
  6. Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
  7. Pengambilan Performance Drink Shaklee juga turut membantu memberi tenaga kerana dehidrasi.
Minuman Hidrasi Tulen

  • Bekerja atau bersukan lasak menyebabkan tubuh kehilangan nutrisi penting yang diperlukan.
  • ShakleePerformance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
  • OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penghidratan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.
"Saya telah menggunakan pelbagai produk Shaklee semenjak sekolah menengah kerana saya tahu ianya asli dan membantu saya beraksi pada tahap terbaik" ----Eli Bremer----Pentathele---2008 Olympian-----

Berminat ingin mendapatkan Performance?

Hubungi Huda di 0179863963

No comments:

Post a Comment