Total Pageviews Huda

Monday, 17 February 2014

Sate Ikan @ Locking


Nak tahu resipi Sate Ikan @ Locking??

Bahan-bahan:
500g isi ikan selayang (dikisar lumat)
100gm tepung ubi kayu @ tepung kanji
1 biji bawang besar (dikisar)
1 sudu besar garam
☞ 1/3 sudu teh serbuk perasa

Cara Memasak:
  1. Kisarkan isi ikan bersama bawang besar hingga lumat.
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama tepung kanji, garam dan sedikit serbuk perasa.
  3. Gaulkan hingga sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola kecil.
  4. Panaskan minyak dan goreng sekejap.
  5. Cucukkan pada lidi dan bakar.
nota : kalau adunan tu lembik, tambahkan lagi tepung kanji sehingga adunan tu tak melekat di tangan.

Selamat mencuba semua.