Total Pageviews Huda

Thursday 26 December 2013

Buku Kegemaran Huda.

Buku kegemaran Huda ialah novel. Huda suka baca novel sejak dari form 4. Masa tu Huda belajar kt SMTTM (Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah). Memang kat hostel kami tak dibenarkan membawa sebarang jenis novel atau majalah.

Huda mulakan membaca novel setiap kali ada cuti sekolah, yelah cuti sekolah ni biasanya lama. So, Huda, adik dan kawan ke perpustakaan awam untuk meminjam novel. Had pinjam adalah sebanyak 2 biji sahaja. Semua orang pon tahu kan?

Kitaorang pinjam yang tebal-tebal sahaja. Lepas habis baca, kitaorang saling tukar. Sampai masa pulangkan balik. Semua orang pernah gi perpustakaan kan?

Best membaca ni, selain dapat memperbaiki ejaan dan sebutan bagi kami orang Terengganu yang banyak 'G' ni. Sekarang ni alhamdulillah, Huda agak fluent bila talk with others dari luar Terengganu. Confident sikit bila bercakap tu. Hehe.

Banyak novel yang Huda dah baca sampai dah lupa jalan ceritanya. Walaupon Huda minat membaca novel, tapi takde sebiji pon Huda beli. Semua pinjam je. 

Buat apa beli, sedangkan baca hanya sekali. Membazir je kan? Sekarang ni pon dah bertambah novel kat rumah, adik Huda lah ni suka meminjam, so kak long pon tumpang sekaki lah. 

Ni haa...novel-novel yang ada kat meja kerja Huda.


No comments:

Post a Comment