Total Pageviews Huda

Friday 27 December 2013

Resdung?

Apa itu Resdung?
Resdung atau sinusitis adalah radang pada lapisan rongga hidung yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung ada dua jenis iaitu akut dan kronik. Kuman yang menjadi punca penyakit iaitu streptococcus dan staphyloccus.

Tanda-Tanda Resdung?
  • hidung selalu tersumbat
  • lendir dari hidung dan tekak
  • sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
  • sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
  • demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
  • gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
Punca-Punca Resdung?
  • alahan
  • struktur hidung yang tidak normal
  • kerosakan atau sakit gigi di bahagian gusi
  • menyelam di air sungai atau kolam yang kotor
  • genetik
Individu Berisiko Resdung?
  • alah pada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung tersumbat
  • mempunyai ketumbuhan hidung
  • kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok
  • turbinate dinding hidung yang besar yang menyebabkan sinus tersumbat
Supplement Shaklee Resdung?

No comments:

Post a Comment