Total Pageviews Huda

Monday 23 December 2013

Penyakit Wanita (Cyst & Fibroid)

Untuk task 4 entry 2 ni agak mencabarlah bagi Huda. Yelah reserch melalui handphone. Study dulu then tulis dalam memory otak dulu. Maklumlah tak sempat nak bawak buku nota ngan pen. Tapi takpe Huda. You Can Do It!
Apa itu cysts? Bagaimana cysts terjadi? Apakah tanda-tanda cyst?
Banyakkan soalan-soalan yang bermain di fikiran semua.
Ok, Huda jawab one by one. Huda sendiri tak pernah kena tapi Huda pernah baca dan reserch pasal cysts ni.
First time Huda tahu pasal cysts ni, Huda tengok dalam Nona kat TV3. Masa mula-mula tengok Huda fikir cysts ni macam kanser. Tapi sebenarnya tak.
Cysts ialah ketumbuhan berbentuk kantung atau belon yang mengandungi cecair seperti darah atau cecair berminyak dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Cysts juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.



Cysts yang normal dinamakan follicle dimana ianya akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Jika cysts yang bertambah besar dan tidak pecah dinamakan functional ovarian cysts. Ia tidak merbahaya kecuali jika saiznya terlalu besar.
Jenis-jenis cysts yang boleh mengganggu kesuburan ialah :
1. Endometriomas
2. Polycystic ovarian cysts

Cysts yang tidak mengganggu kesuburan iaitu :
1. Funtional cysts
2. Cystadenomas
3. Dermoid cysts

Tanda-tanda atau gejala-gejala anda mempunyai cysts ialah :
- terasa senak di bahagian bawah perut atau sakit pinggul on and off dan tiba-tiba menusuk.
- kitaran haid tidak teratur.
- bawah perut sering terasa penuh atau tertekan.
- pedih atau sakit yang luar biasa ketika haid hingga terasa ke belakang pinggang.
- pedih pinggul setelah latihan olahraga atau senggama.
- mual dan muntah.
- rasa pedih dan keluarnya darah dari vagina.

Penyebab cysts adalah :
* sejarah cysts terdahulu.
* kitaran haid yang tidak teratur.
* haid diusia awal (11 tahun atau lebih muda).
* susah untuk hamil.
* pesakit hepotiroid.
* penderita kanser payudara yang pernah menjalani kemoterapi.

Ini sahajalah kajian Huda tentang cysts.
Terima kasih banyak-banyak kat "moyang" Deeja atas cabaran 30 hari ni.

No comments:

Post a Comment