Total Pageviews Huda

Monday 25 November 2013

Kepulangan Ke Paka

Hai allz...

Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan izinNya kami selamat sampai ke Paka (adik Huda, Huda dan Hamkahaiy) .

Perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam dari rumah nenek iaitu Kampung Banggol Nyior, Tepoh, Terengganu ke Paka.

Di dalam perjalanan kami, kami menempuh hujan yang teramat lebat sampai tak nampak line jalan raya.

Adik Huda hanya bawa hadlaju 50km/jam. Dalam hati punya lah takut. Kami berisytifar dan berdoa kepada Allah SWT.

Hamkahaiy diam membisu sambil menutup telinga, memang sangat takutlah tu. 

Kalau tak, tak kan duk diam.

Selepas Penjara Marang, sudah tak hujan lagi. 

Hanya rintik-rintik.

Kami berhenti di Stesen Minyak Persimpangan Bukit Besi, Dungun sekejap.

Kemudian kami menyambung kembali perjalanan kami ke Paka yang mengambil masa hanya 30 minit.

Di Dungun, Huda sempat 'snap' beberapa gambar lampu hiasan. 

Hamkahaiy sangat teruja dan "wow" katanya.

Sampainya di rumah dan segala beg-beg serta barang adik Huda diangkat, kami berkumpul adik beradik untuk bersembang. 

Macam-macam cerita yang keluar.

Sampai mak Huda dah tak tahu nak layan mana satu. 

Maklumlah anak 5 org.

Ada yang mengacau 'baby' baru tidur. 

Ada yang bercerita kenangan di kampung. 

Sampai rumah riuh rendah. 

Dah macam malam raya pulak haa.

Akhirnya jam 2 pagi kami semua masuk beradu selepas kepenatan bersembang.

Tu baru 1 minggu berjauhan. 

Hai, kalau 1 bulan @ 1 tahun macam mana agaknya. Hehe.

Even agak 'buzy' dengan bersembang, Huda tak lupa minum Collagen Powder Shaklee. 

Yummy...yummy..macam biasa Huda minum campur dengan sunquick.

Collagen dah minum. Apa lagi, masa untuk beradulah.





No comments:

Post a Comment