Total Pageviews Huda

Saturday 23 November 2013

Di Kampung Part 3

Pagi-pagi lagi Hamkahaiy dah keluar rumah nak pergi tengok lembu.

Bila dah pakai selipar terus pergi ke jambatan sambil lari-lari.

Suka sangat Hamkahaiy boleh lari-lari ke sana sini.

Lepas tengok lembu, pergi rumah mak saudara Huda pula.

Main dengan sepupu-sepupu sampai tak nak balik. Kat sini ramai kawan. 

Kat Paka dia sorang je.

Dah balik rumah nenek, siap mandi dengan minum susu. 

Datang pulak sepupu Huda nak main dengan Hamkahaiy.

Sementara diaorang tengah main, Huda masak. 

Siap masak makan ramai-ramai. 

Best walaupun makan sikit, kenyang.

Lauk cuma tumis telur, goreng kacang buncis(nenek tanam) dan telur dadar.

Lauk simple je. 

Tapi nikmat berkongsi makan sangatlah best.

Dah siap makan, sambung main pulak. 

Dah nama pun budak-budak, agendanya mestilah bermain. 

Lagi pulak cuti sekolah. 

Beraya lah diaorang.

Kat kampung ni selamat sikit dari orang asing kerana kebiasaannya saudara mara je kiri dan kanan rumah.


No comments:

Post a Comment