Total Pageviews Huda

Monday 3 February 2014

Serabut (Pelawas)


Serabut atau pelawas merujuk kepada bahan yang berasal dari tumbuhan, yang tidak boleh didapati dalam perut manusia.

Serabut banyak terdapat dalam tumbuhan, terutamanya pada lapisan luaran bijian, sayuran, buah-buahan dan legum.

Serabut memberikan jisim kepada makanan tak tercerna, merangsangkan peristalsis dan membantu pergerakan makanan di dalam usus.

Serabut juga membantu menghalang sembelit.

Gizi yang kaya dengan serabut boleh mencegah daripada barah kolon.

Gizi sebegini juga mengandungi kurang lemak dan kolestrol yang mengurangkan risiko menghidapi penyakit kardiovaskular.

Air terdiri daripada kira-kira 70% daripada jumlah berat badan manusia.

Jumlah air yang diperlukan oleh badan bergantung pada keadaan persekitaran dan aktiviti seseorang itu.

Air boleh diperolehi dari air minuman dan pengambilan makanan harian, terutamanya buah-buahan dan sayuran.

Air hilang dari badan dalam bentuk air kencing, peluh dan tinja.

Air juga hilang melalui sejatan semasa pernafasan.

Fungsi air dalam badan manusia :
  • merupakan komponen penting protoplasma
  • bertindak sebagai larutan untuk bahan larutan dalam dalam
  • merupakan medium untuk tindak balas biokimia, contohnya hidrolisis makanan
  • merupakan komponen penting plasma darah. Darah ialah medium pengangkutan bagi nutrien, gas respirasi dan bahan buangan.
  • mengawalatur suhu badan. Penyejatan peluh menyejukkan badan.
  • diperlukan untuk penghasilan jus pencernaan, mukus dalam salur respirasi dan salur alimetri, air mata dan bendalir sonivial di sendi.
  • mengekalkan tekanan osmosis dalam bendalir tisu dan plasma darah.

No comments:

Post a Comment