Total Pageviews Huda

Tuesday 11 February 2014

SLE ( LUPUS)

Apa itu SLE atau LUPUS?
  • LUPUS ialah perkataan Latin bagi serigala.
  • Erythematosus bermaksud ruam merah.
  • Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di atas muka seorang pesakit kelihatan seperti gigitan serigala.
  • Beliau menamakan ruam berkenaan sebagai Discoid Lupus Erythematosus.
  • Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenal pasti bahawa ramai orang yang menghidap LUPUS mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit, malah turut melibatkan organ dan sistem lain.
  • Beliau telah menamakan penyakit tersebut sebagai Systemic Lupus Erythematosus.
  • LUPUS ialah penyakit autoimun yang kronik di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui.
  • Antibodi ini mula bertindak terhadap tisu badan penyakit.
  • Sistem imun adalah sistem pertahanan diri yang kompleks untuk melindungi tubuh dari agen-agen penyakit berjangkit seperti bakteria dan organisma asing yang lain.
  • Jika seseorang menghidap penyakit autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu badan dan bukan agen-agen penyakit berjangkit.
  • Ada tiga jenis lupus : Discoid Lupus Erythematosus (DLE), Sistematik Lupus Erthematosus (SLE) dan Lupus akibat perubatan.
  • 90% peaskit SLE adalah kaum wanita dan 10% adalah lelaki.
  • Dipercayai 10,000 orang menghidap SLE di Malaysia.
  • Penyakit ini karang dihidapi oleh orang ramai.
Kenapa SLE berlaku?
  • Sistem imun tidak berfungsi dengan sempurna kerana pelbagai faktor sama ada keturunan, virus sinaran cahaya ultra ungu atau perubatan.
Simptom Lupus
Setiap pesakit mengalami simptom yang berbeza.
  • ruam merah atau perubahan warna pada muka, biasanya dalam bentuk rama-rama melintasi hidung dan pipi.
  • sendi yang sakit dan bengkak.
  • demam tanpa sebab.
  • sakit dada bila bernafas panjang.
  • kelenjar yang bengkak.
  • keguguran rambut yang luar biasa.
  • jari tangan dan kaki pucat membiru bila dalam keadaan tertekan.
  • sensitiviti terhadap cahaya matahari.
  • bilangan sel darah berkurangan.
  • banyak ulser di dalam mulut.
Tiada rawatan untuk penyakit lupus tetapi pesakit SLE boleh mengamalkan :
  • perubahan gaya hidup.
  • elakkan tekanan.
  • rehat dan tidur yang mencukupi.
  • bersenam.
  • sokongan sosial.
Korang boleh amalkan supplement. Huda akan consult mana yang sesuai untuk pesakit SLE.


Berminat?

Boleh hubungi Huda di :
Call : 0179863963

No comments:

Post a Comment