Total Pageviews Huda

Saturday 8 February 2014

Al-Kisah Huda

Assalamualaikum mommy-mommy.

Group Cream of The Cream buat task for 30 days.

Huda berminat nak join bukan sebab hadiah taw.

Dengan cara ni Huda boleh memperbanyakkan entry dalam blog Huda ni.

Thanks kepada penganjur 'Moyang' Deeja.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas.

Huda nak ceritakan pasal Huda dari kecik sampai sekarang ni.

Agak panjang kot. Hehe. Bolehlah sape-sape nak mengenali Huda lebih dekat lagi.

Nama penuh Huda ialah NurulHuda binti Alias. Huda adalah anak sulung daripada 5 beradik. 

Adik beradik Huda ada 3 perempuan dan 2 lelaki. 

Masing-masing berumur 28 tahun (Huda), 27 tahun (Fattah), 26 tahun (Wahidah), 24 tahun (Fadilah) dan 18 tahun (Hakimi).

Emak Huda berumur 50 tahun bernama Zabiah binti Ismail. 

Ayah Huda berumur 55 tahun bernama Alias bin Che Muda. 

Ayah Huda dah pencen awal tahun 2013. 

Emak Huda suri rumah sepenuh masa.

Tahun 2011-2012 je mak kerja. 

Katanya bosan duk kat rumah. 

Maklumlah anak-anak dah besar.

Huda bersekolah pra di PASTI, Kampung Limbong. 

Dan bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Paka (sekolah yang dekat jambatan paka tu) dari tahun 1991-1997. 

Kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka (sekolah menengah kt jalan santong ni) dari tahun 1998-2000.

Dengan keputusan PMR Huda yang dapat melayakkan Huda ke Sekolah Teknik Tanah Merah dalam jurusan katering. 

Tapi sekarang ni Huda tak pandai pulak masak. Hehe.

Best taw duk Kelantan. 

Makanan sedap-sedap dan murah-murah (zaman 2001-2002 lah, sekarang maybe makin mahal), kawan-kawan semua baik-baik. 

Diaorang siap ajak balik rumah diaorang lagi. 

Bestkan?. 

Macam jakun pulak gi kampung orang dengan kita punya loghat Terengganu yang tak boleh tinggal. Haha.

Can you all imagine my situation?.

Duk sana memang perut sentiasa penuh. 

Takde masa lapar. 

Dah pun amik course katering. 

Hari-hari mesti masak punya. 

Ada jugak jual taw. 

Yang tak habis, Huda lah habiskan. 

Yummy....yummy best!

Habis je SPM tahun 2002 kembalilah ke rumah (Paka). 

Sementara tunggu cukup umur 19 tahun, Huda kerja kat kedai baju. 

Kenalan ayah Huda.

Satu hari tu kitaorang gi Centre Point, Kemaman. 

Ayah cakap ada orang buat pendaftaran belajar. 

Then daftarkanlah Huda.

Next month terus masuk belajar course Sijil Sains Komputer tahun 2003 selama 6 month di Saujana, Setiu, Terengganu. 

Pointer alhamdulillah lepas lah. 

Tapi tak lah 4 flat. Hehe.

 Mula-mula Huda tak minat. 

Lama-lama jatuh cinta pulak. 

Kata orang 'tak kenal maka tak cinta'.

Habis je sijil terus sambung diploma. 

Dua semester kat Saujana, kolej bertukar ke Puterajaya, Setiu, Terengganu. 

Wah dengan persekitaran luas dan di atas bukit, berkobar-kobar lah nak study.

Pointer pulak merundum jatuh. 

Last semester pointer atas tong je. 

Sipi-sipi lagi nak kene repeat semester. 

Tapi yang penting loan belajar kena bayar half je.

Dah habis belajar, Huda kerja kat kedai stationary dan kedai gambar. 

Kenalan ayah jugak. 

Kerja bagai nak rak. 

Tolak kwsp tapi dalam akaun kwsp zero.

Sedih taw. Last-last berenti kerja.

Kerja kat kedai advertise pulak. 

Kerja sini tunggu order je. 

Menunggu itu satu penyeksaan. Haha.

Last-last dapat tawarn belajar JASPER. 

Jasper ni ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk remaja yang minat dalam bidang programming. 

Oleh kerana Huda pernah belajar sains komputer. 

So Huda terimalah tawaran Jasper ni.

Syok belajar dengan teacher original from India. 

Cannot speaking malay even terengganu. 

Memang mati kutulah.

However teacher ni ada usaha nak belajar loghat terengganu.

So belajar-belajar. 

2 3 kali fail exam. 

Teruskan jugak. 

Then dapat disambung ke Kuala Terengganu.

Wah...yang ni best. 

Kerja goyang kaki and dapat gaji RM1k every month.

Pastu habis kontrak. 

Balik rumah duduk goyang kaki. 

Gi kursus EIO kat Teluk Kalong. 

Last-last mak tak bagi.

So, kerjalah kat butik muslimah.

Gaji RM250 je, dapat komisen sikit cukuplah buat belanja hari-hari.

Lepas tu kerja kat kedai stationary as clerk. 

Gaji RM450 buat macam-macam kerja. 

Yelah belajar demi sebuah pengalaman.

Suatu hari Huda excident. 

Terbelah lutut sebelah kanan taw. 

Time kena tu tak sakit pon. 

Yang tahu nak heret motor ke tepi jalan. 

Manusia berduyun-duyun pakat duk tengok. 

Motor stuck kat tayar belakang. 

Adalah mamat ni tolong bawak g klinik kesihatan paka.

Doktor nak jahit, Huda tak nak. 

Mamat ni lah pujuk suruh jahit. 

Akhirnya jahitlah. 

Sekarang ada lagi bekas parut kat lutut ni. 

Tanda yang akan kekal sampai bila-bila.

Berbulan-bulan gak baring je. 

Bos asyik tanya bila nak masuk kerja. 

Pastu berenti sebab lama bercuti tanpa gaji.

Lepas Huda sihat dari kecederaan, bos bagi tawaran jadi clerk kat kedai sulaman. 

Kerja kejap je pon.

Pastu duk rumah sambil cari kerja lain. 

Lama jugak lah mencari.

Akhirnya apply kerja as site clerk pada tahun 2010. 

Dapat. Gaji yang sangat-sangat mahal (bagi Hudalah, bagi orang lain maybe tak lah).

Akhirnya sampailah jodoh Huda dengan orang Kemaman. 

Kawinlah kami (Huda&Haafiz) bersama dengan adik Huda (Wahidah&Adi).

28/7/2011 lahirnya Muhammad Hamkahaiy yang menerangi rumah tangga kami. 

Muhammad Hamkahaiy ni hyperaktif orangnya. 

Huda pon dah tak larat nak kejar selalu.

Julai 2013 kontrak Huda habis. 

So duk rumah lah sambil buat dropship online. 

Masyukkk taw...Huda dapat beli henset sebijik. 

Walaupon henset tak lah android, tapi berkat usaha promote dan jual barang yang tak henti-henti.

So sekarang ni Huda mencuba Shaklee pulak. 

Even belum dapat apa-apa bonus tapi dah terjual produk Shaklee ni.

Huda pon dah mencuba salah satu produk Shaklee ni iaitu Alfafa.

Kesannya memang superb! Immmediately terus menjadi.

Tu je lah al-kisah Huda setakat ni.


No comments:

Post a Comment