Total Pageviews Huda

Sunday, 9 February 2014

Anak Susah Makan Sayur?


Alhamdulillah, Hamkahaiy makan jugak sayur walaupun tak banyak.

Selalunya Huda potong kecik-kecik sebab kalau masa makan Hamkahaiy rasa ada sayur terus dia muntahkan semua yang ada dalam mulut dia.

Ibu selalu mengeluh bila anak menolak untuk makan sayur.

Cara lain adalah dengan bertukar kepada buah tetapi ada juga kanak-kanak yang tidak suka makan buah.

Mesti pening kepala mama kan?

Jom mama ajak anak-anak kupas dan potong buah seperti biasa kepada sesuatu 'cara' yang luar biasa!

Pasti seronok dan teruja nak makan nanti!

Jangan lupa berikan nama yang menarik bagi menggambarkan hidangan tersebut.

Bahan-Bahan :
  • Epal hijau
  • Strawberi
  • Anggur Hijau
  • Marsmallow
Cara menyediakan :
  1. Potong epal hijau, anggur dan strawberi.
  2. Susun mengikut kreativiti sama ada membentuk haiwan atau lain-lain objek.
Sesuai dihidang awal pagi atau waktu yang sesuai.


Selamat mencuba.