Total Pageviews Huda

Friday 7 February 2014

Tips Ajar Baca A B C

Ibu dan ayah mesti sangat teruja nak mengajar anak membaca dan ianya bermula di saat anak pandai meminta dibelikan buku dan warna.

Huda sendiri mengajar Hamkahaiy seawal umur 6 bulan.

Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca A B C di saat anak menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.

Ia sekadar memperkenalkan anak dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan anak duduk diam seketika.

Tapi jangan sampai korang jadikan rutin ini satu paksaan kepada anak yang akan mengakibatkan anak yang baru beusia 3 hingga 4 tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca.

Tapi teknik ni berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan prasekolah.

Secara tak langsung ia membantu anak membuat persediaan dan tak terkejut apabila berada di dalam kelas.

Tetapi kebanyakan ibu bapa zaman sekarang sudah mendedahkan anak mereka dengan abjad asas A B C sejak usia awal lagi.

Tak hairanlah guru-guru di sekolah tidak sukar hendak memulakan pengajaran awal kerana anak-anak sudah biasa dengan pendidikan awal.

Tip yang boleh dijadikan panduan ialah :
  1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.
  2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan silang. Kemudian sambung membaca semula.
  3. Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.
  4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.
  5. Apabila membca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.
  6. Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok membaca.
Selamat mencuba ;)

No comments:

Post a Comment