Total Pageviews Huda

Tuesday, 11 February 2014

SLE ( LUPUS)

Apa itu SLE atau LUPUS?
  • LUPUS ialah perkataan Latin bagi serigala.
  • Erythematosus bermaksud ruam merah.
  • Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di atas muka seorang pesakit kelihatan seperti gigitan serigala.
  • Beliau menamakan ruam berkenaan sebagai Discoid Lupus Erythematosus.
  • Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenal pasti bahawa ramai orang yang menghidap LUPUS mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit, malah turut melibatkan organ dan sistem lain.
  • Beliau telah menamakan penyakit tersebut sebagai Systemic Lupus Erythematosus.
  • LUPUS ialah penyakit autoimun yang kronik di mana banyak protein darah yang dikenali sebagai antibodi dihasilkan dalam tubuh pesakit kerana sebab yang tidak diketahui.
  • Antibodi ini mula bertindak terhadap tisu badan penyakit.
  • Sistem imun adalah sistem pertahanan diri yang kompleks untuk melindungi tubuh dari agen-agen penyakit berjangkit seperti bakteria dan organisma asing yang lain.
  • Jika seseorang menghidap penyakit autoimun, sistem imunnya menjadi bercelaru dan mula menyerang tisu badan dan bukan agen-agen penyakit berjangkit.
  • Ada tiga jenis lupus : Discoid Lupus Erythematosus (DLE), Sistematik Lupus Erthematosus (SLE) dan Lupus akibat perubatan.
  • 90% peaskit SLE adalah kaum wanita dan 10% adalah lelaki.
  • Dipercayai 10,000 orang menghidap SLE di Malaysia.
  • Penyakit ini karang dihidapi oleh orang ramai.
Kenapa SLE berlaku?
  • Sistem imun tidak berfungsi dengan sempurna kerana pelbagai faktor sama ada keturunan, virus sinaran cahaya ultra ungu atau perubatan.
Simptom Lupus
Setiap pesakit mengalami simptom yang berbeza.
  • ruam merah atau perubahan warna pada muka, biasanya dalam bentuk rama-rama melintasi hidung dan pipi.
  • sendi yang sakit dan bengkak.
  • demam tanpa sebab.
  • sakit dada bila bernafas panjang.
  • kelenjar yang bengkak.
  • keguguran rambut yang luar biasa.
  • jari tangan dan kaki pucat membiru bila dalam keadaan tertekan.
  • sensitiviti terhadap cahaya matahari.
  • bilangan sel darah berkurangan.
  • banyak ulser di dalam mulut.
Tiada rawatan untuk penyakit lupus tetapi pesakit SLE boleh mengamalkan :
  • perubahan gaya hidup.
  • elakkan tekanan.
  • rehat dan tidur yang mencukupi.
  • bersenam.
  • sokongan sosial.
Korang boleh amalkan supplement. Huda akan consult mana yang sesuai untuk pesakit SLE.


Berminat?

Boleh hubungi Huda di :
Call : 0179863963

Cloth Diapers (Pampers Pakai Basuh)

Cloth Diapers (CD) bukan CD players taw. Hehe.

Apakah Lampin Moden / Cloth Diaper (CD)?

ni CD & Insert Hamkahaiy
  • merupakan lampin kain rekabentuk moden.
  • bahagian luar CD dilapisi dengan sejenis kain khas iaitu Polyurethane Lamineate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor.
  • bahagian dalam atau atas CD yang dipanggil "inner" diperbuat dari kain microsuede atau bamboo charcoal yang lembut dan cepat kering dimana bayi akan rasa selesa.
  • lapisan dalam CD di jahit dengan poket khas untuk memasukkan pelapik khas (insert) atau penyerapan.
  • mudah dibersihkan. Boleh dicuci dengan tangan atau mesin basuh.
  • sesuai untuk bayi baru lahir hingga 20kg kerana saiznya "One Size" iaitu boleh laras menjadi saiz S, M dan L.
Kenapa Huda Pilih CD?
  • jimat
  • mesra alam
  • selamat
  • sihat
  • gaya baru
Untuk 1st time guna CD ni kena basuh 3 kali tanpa sabun (basuh & jemur, basuh & jemur, basuh & jemur)

Cara Pengunaan Cloth Diaper 
 7.00am - 10.00am
1 CD + 1 Insert 
 10.00am - 1.00pm
1 CD + 1 Insert 
 1.00pm - 4.00pm
1 CD + 1 Insert 
 4.00pm - 7.00pm
1 CD + 1 Insert 
 7.00pm - 12.00am
1 CD + 2 Insert 
 12.00am - 7.00am
1 CD + 2 Insert 

Syarat-Syarat Menjadi Ahli Shaklee


Seperti yang korang tahu, untuk menjadi Ahli Shaklee perlulah :
  1. bayaran keahlian RM75 atau
  2. pembelian 200uv produk Shaklee

Syarat-syaratnya :
  1. Komputer / laptop / tablet / smartphone.
  2. Talian internet.
  3. Talian telefon.
  4. E-mail.
Korang tak perlu :
  1. simpan stok.
  2. modal banyak.
  3. pergi pos office.
  4. jumpa customer.

Berminat menjadi AHLI SHAKLEE?

Boleh hubungi Huda di :
Call : 0179863963

Monday, 10 February 2014

Meroyan!

Apa khabar mama-mama sekalian?

Huda harap mama-mama semua dalam keadaan sihat dan sejahtera hendakNya.

Hari ni Huda ada order PAVLOVA.
Ni haa...rupa PAVLOVA...
Tengok orang post kt fb sedap jee...Hehe, apa lagi...Huda pon cuba lah.

Rasanya tak macam yang Huda expect.

Tapi agak sedap.

Cuma tak berapa pandai cara nak makan.

Al-maklumlah orang melayu tulen.

Tajuk entry Huda kali ni pasal MEROYAN atau KEMURUNGAN.

Biasanya penyakit ni menghidapi wanita selepas bersalin.

Meroyan kadang kala di salah anggap sebagai murung baby dimana hari pertama selepas bersalin korang akan jadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan.

Ini disebabkan oleh perubahan hormon secara mendadak dalam badan korang.

Tetapi dengan bantuan yang sesuai, korang berasa lebih sihat dalam beberapa hari.

Namun, meroyan tidak seperti murung baby tetapi ia satu penyakit yang tidak boleh sembuh tanpa rawatan.

Tanda-tanda meroyan adalah berbeza :
  • perasaan putus asa
  • bersalah
  • amat letih
  • muram
  • sering menangis
  • sunyi
  • gelisah
Yang pastinya setiap ibu merasakan satu atau lebih perasaan pada masa-masa tertentu.

Tetapi jika ibu lemah dan perasaan tersebut tak hilang walaupun masa terus berlalu, korang maybe menghidap meroyan atau kemurungan postpartum.

Kebiasaannya, perasaan tersebut wujud apabila baby berusia antara 4 hingga 6 weeks tetapi adakalanya ia bermula beberapa bulan selepas bersalin.

Sebelumnya, ibu berasa gembira menjaga baby baru lahir, kemudian perasaan kemurungan datang secara tiba-tiba.

Punca-punca :
  • kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa hamil.
  • suami kurang menyokong atau tidak mempunyai keluarga atau kawan-kawan  yang tinggal berdekatan.
  • masalah kewangan. perumahan, kerja
  • kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul
  • melahirkan bayi pramatang atau tak sihat
  • kesukaran untuk menyusu badan
  • memori sedih yang diingat kembali
Anda disarankan mengambil Set Berpantang Shaklee di mana :


 B-COMPLEX
  • mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.
SR VITA-C
  • mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kelenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepada disebabkan rambut gugur.
VITA-LEA
  • multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.
  • ianya mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.
ZINC
  • meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.

JOM DAPATKAN SET BERPANTANG SEKARANG!!

Hubungi Huda di :

Call : 0179863963

Sunday, 9 February 2014

Anak Susah Makan Sayur?


Alhamdulillah, Hamkahaiy makan jugak sayur walaupun tak banyak.

Selalunya Huda potong kecik-kecik sebab kalau masa makan Hamkahaiy rasa ada sayur terus dia muntahkan semua yang ada dalam mulut dia.

Ibu selalu mengeluh bila anak menolak untuk makan sayur.

Cara lain adalah dengan bertukar kepada buah tetapi ada juga kanak-kanak yang tidak suka makan buah.

Mesti pening kepala mama kan?

Jom mama ajak anak-anak kupas dan potong buah seperti biasa kepada sesuatu 'cara' yang luar biasa!

Pasti seronok dan teruja nak makan nanti!

Jangan lupa berikan nama yang menarik bagi menggambarkan hidangan tersebut.

Bahan-Bahan :
  • Epal hijau
  • Strawberi
  • Anggur Hijau
  • Marsmallow
Cara menyediakan :
  1. Potong epal hijau, anggur dan strawberi.
  2. Susun mengikut kreativiti sama ada membentuk haiwan atau lain-lain objek.
Sesuai dihidang awal pagi atau waktu yang sesuai.


Selamat mencuba.

Saturday, 8 February 2014

Shaklee Free Membership!

Aik? Shaklee pon ada free membership ye?

Betul, Shaklee juga ada free membership iaitu dengan pembelian bernilai RM600+ atau bersamaan 200uv produk Shaklee.



Boleh rujuk UV mengikut jadual di atas.

Korang jugak boleh kongsi pembelian dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga.

Lepas korang pilih 200UV, Huda akan quotekan harga ahli terus.

Lagi satu 200UV ni akan terus masuk kat ID korang.

Dan CONFIRM korang terus berpeluang mendapat BONUS BULANAN dari Shaklee.

Minima korang akan dapat RM25.

RM25 tu berbaloi sangat-sangat dear!!


Berminat menjadi AHLI SHAKLEE??

Hubungi Huda di :

Call : 0179863963

Kehamilan Anggur?

Apa itu Kehamilan Anggur?


  • Kehamilan anggur atau mola hidatidosa merupakan keadaan rahim yang tidak berisi janin.
  • Sebaliknya hanya berisi gelembung-gelembung mirip buah anggur.
  • Sel telur (sel dalam) terhenti perkembangannya pada minggu ketiga atau keempat.
  • Sel luar (trofoblas) sahaja yang berkembang membentuk plasenta.
  • Masalah ini mungkin dapat dikesan seawal minggu keenam kehamilan.
  • Sel trofoblas yang kosong ini kemudiannya membengkak, membentuk gelembung-gelembung berisi cairan, seperti buah anggur.
  • Ada yang antara 1mm hingga 2cm.
  • Jika dilihat melalui mikroskop, tidak ada pembuluh darah di dalamnya.
  • Bagaimanapun jumlah selnya tetap terus bertambah.
Simptom Kehamilan Anggur :
  • Kadar HormonChorionic Ginadothropin (HGC) tinggi.
  • Kandungan kelihatan lebih besar, hamil tiga bulan seperti enam bulan.
  • Mual dan muntah yang luar biasa pada trimester pertama.
  • Berlaku pendarahan yang berulang.
Faktor terjadinya Kehamilan Anggur :
  • umur
  • pernah mengalami kehamilan anggur
  • pernah keguguran
  • kekurangan Vitamin A
Risiko wanita mengalami kehamilan anggur adalah 6 dan 8 kali lebih besar jika kadar vitamin A dalam darahnya kurang.

Risiko itu akan meningkat bila kehamilannya adalah kehamilan pertama.

Pengambilan vitamin A pada biakan sel-sel kehamilan anggur terbukti dapat meningkatkan kematian sel kehamilan anggir.

Hasil kajian juga menunjukkan Vitamin A akan meningkatkan proses penyembuhan dan mencegah terjadinya kanser yang disebabkan sel kehamilan anggur yang tumbuh berlebihan.

Manfaat lain adalah memperbaiki fungsi hati kerana Vitamin A boleh menyebabkan kelainan fungsi hati.

VITAMIN A
  • dikenali sebagai RETINOL.
  • salah satu vitamin larut dalam lemak.
  • boleh diperolehi daripada haiwan atau sayur-sayuran. Sayuran untuk menghasilkan beta-korena ditukarkan menjadi vitamin A.
  • pada daging, susu, keju, hati, minyak ikan COd
  • pada sayuran berwarna hijau seperti bayam, lobak, labu, brokoli, betik, mangga, aprikot, lada merah. Semakin tua warna sayuran tersebut semakin banyak kandungan beta kerotennya.
Produk Shaklee yang mempunyai Vitamin A seperti :
 
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee??

Boleh hubungi Huda di :

Call : 0179863963


Resipi Puding Mudah

Tak kira dewasa atau kanak-kanak, semua pasti sukakan puding kan?

Huda shared sedikit resipi mudah untuk mommy-mommy sekalian <3

sekadar hiasan :)

Bahan-bahan:
  • 25gm serbuk agar-agar
  • 250ml susu cair
  • 250ml air
  • 5gm gula buah-buahan
  • 100gm gula
  • hirisan buah strawberi (untuk hiasan)
Cara menyediakan :
  1. Didihkan air bersama gula sehingga hancur. Kacau rata.
  2. Tuangkan susu cair.
  3. Masukkan serbuk agar-agar kemudian tutup api dan masukkan gula buah-buahan.
  4. Setelah mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan.
Selamat mencuba :)

Al-Kisah Huda

Assalamualaikum mommy-mommy.

Group Cream of The Cream buat task for 30 days.

Huda berminat nak join bukan sebab hadiah taw.

Dengan cara ni Huda boleh memperbanyakkan entry dalam blog Huda ni.

Thanks kepada penganjur 'Moyang' Deeja.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas.

Huda nak ceritakan pasal Huda dari kecik sampai sekarang ni.

Agak panjang kot. Hehe. Bolehlah sape-sape nak mengenali Huda lebih dekat lagi.

Nama penuh Huda ialah NurulHuda binti Alias. Huda adalah anak sulung daripada 5 beradik. 

Adik beradik Huda ada 3 perempuan dan 2 lelaki. 

Masing-masing berumur 28 tahun (Huda), 27 tahun (Fattah), 26 tahun (Wahidah), 24 tahun (Fadilah) dan 18 tahun (Hakimi).

Emak Huda berumur 50 tahun bernama Zabiah binti Ismail. 

Ayah Huda berumur 55 tahun bernama Alias bin Che Muda. 

Ayah Huda dah pencen awal tahun 2013. 

Emak Huda suri rumah sepenuh masa.

Tahun 2011-2012 je mak kerja. 

Katanya bosan duk kat rumah. 

Maklumlah anak-anak dah besar.

Huda bersekolah pra di PASTI, Kampung Limbong. 

Dan bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Paka (sekolah yang dekat jambatan paka tu) dari tahun 1991-1997. 

Kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka (sekolah menengah kt jalan santong ni) dari tahun 1998-2000.

Dengan keputusan PMR Huda yang dapat melayakkan Huda ke Sekolah Teknik Tanah Merah dalam jurusan katering. 

Tapi sekarang ni Huda tak pandai pulak masak. Hehe.

Best taw duk Kelantan. 

Makanan sedap-sedap dan murah-murah (zaman 2001-2002 lah, sekarang maybe makin mahal), kawan-kawan semua baik-baik. 

Diaorang siap ajak balik rumah diaorang lagi. 

Bestkan?. 

Macam jakun pulak gi kampung orang dengan kita punya loghat Terengganu yang tak boleh tinggal. Haha.

Can you all imagine my situation?.

Duk sana memang perut sentiasa penuh. 

Takde masa lapar. 

Dah pun amik course katering. 

Hari-hari mesti masak punya. 

Ada jugak jual taw. 

Yang tak habis, Huda lah habiskan. 

Yummy....yummy best!

Habis je SPM tahun 2002 kembalilah ke rumah (Paka). 

Sementara tunggu cukup umur 19 tahun, Huda kerja kat kedai baju. 

Kenalan ayah Huda.

Satu hari tu kitaorang gi Centre Point, Kemaman. 

Ayah cakap ada orang buat pendaftaran belajar. 

Then daftarkanlah Huda.

Next month terus masuk belajar course Sijil Sains Komputer tahun 2003 selama 6 month di Saujana, Setiu, Terengganu. 

Pointer alhamdulillah lepas lah. 

Tapi tak lah 4 flat. Hehe.

 Mula-mula Huda tak minat. 

Lama-lama jatuh cinta pulak. 

Kata orang 'tak kenal maka tak cinta'.

Habis je sijil terus sambung diploma. 

Dua semester kat Saujana, kolej bertukar ke Puterajaya, Setiu, Terengganu. 

Wah dengan persekitaran luas dan di atas bukit, berkobar-kobar lah nak study.

Pointer pulak merundum jatuh. 

Last semester pointer atas tong je. 

Sipi-sipi lagi nak kene repeat semester. 

Tapi yang penting loan belajar kena bayar half je.

Dah habis belajar, Huda kerja kat kedai stationary dan kedai gambar. 

Kenalan ayah jugak. 

Kerja bagai nak rak. 

Tolak kwsp tapi dalam akaun kwsp zero.

Sedih taw. Last-last berenti kerja.

Kerja kat kedai advertise pulak. 

Kerja sini tunggu order je. 

Menunggu itu satu penyeksaan. Haha.

Last-last dapat tawarn belajar JASPER. 

Jasper ni ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk remaja yang minat dalam bidang programming. 

Oleh kerana Huda pernah belajar sains komputer. 

So Huda terimalah tawaran Jasper ni.

Syok belajar dengan teacher original from India. 

Cannot speaking malay even terengganu. 

Memang mati kutulah.

However teacher ni ada usaha nak belajar loghat terengganu.

So belajar-belajar. 

2 3 kali fail exam. 

Teruskan jugak. 

Then dapat disambung ke Kuala Terengganu.

Wah...yang ni best. 

Kerja goyang kaki and dapat gaji RM1k every month.

Pastu habis kontrak. 

Balik rumah duduk goyang kaki. 

Gi kursus EIO kat Teluk Kalong. 

Last-last mak tak bagi.

So, kerjalah kat butik muslimah.

Gaji RM250 je, dapat komisen sikit cukuplah buat belanja hari-hari.

Lepas tu kerja kat kedai stationary as clerk. 

Gaji RM450 buat macam-macam kerja. 

Yelah belajar demi sebuah pengalaman.

Suatu hari Huda excident. 

Terbelah lutut sebelah kanan taw. 

Time kena tu tak sakit pon. 

Yang tahu nak heret motor ke tepi jalan. 

Manusia berduyun-duyun pakat duk tengok. 

Motor stuck kat tayar belakang. 

Adalah mamat ni tolong bawak g klinik kesihatan paka.

Doktor nak jahit, Huda tak nak. 

Mamat ni lah pujuk suruh jahit. 

Akhirnya jahitlah. 

Sekarang ada lagi bekas parut kat lutut ni. 

Tanda yang akan kekal sampai bila-bila.

Berbulan-bulan gak baring je. 

Bos asyik tanya bila nak masuk kerja. 

Pastu berenti sebab lama bercuti tanpa gaji.

Lepas Huda sihat dari kecederaan, bos bagi tawaran jadi clerk kat kedai sulaman. 

Kerja kejap je pon.

Pastu duk rumah sambil cari kerja lain. 

Lama jugak lah mencari.

Akhirnya apply kerja as site clerk pada tahun 2010. 

Dapat. Gaji yang sangat-sangat mahal (bagi Hudalah, bagi orang lain maybe tak lah).

Akhirnya sampailah jodoh Huda dengan orang Kemaman. 

Kawinlah kami (Huda&Haafiz) bersama dengan adik Huda (Wahidah&Adi).

28/7/2011 lahirnya Muhammad Hamkahaiy yang menerangi rumah tangga kami. 

Muhammad Hamkahaiy ni hyperaktif orangnya. 

Huda pon dah tak larat nak kejar selalu.

Julai 2013 kontrak Huda habis. 

So duk rumah lah sambil buat dropship online. 

Masyukkk taw...Huda dapat beli henset sebijik. 

Walaupon henset tak lah android, tapi berkat usaha promote dan jual barang yang tak henti-henti.

So sekarang ni Huda mencuba Shaklee pulak. 

Even belum dapat apa-apa bonus tapi dah terjual produk Shaklee ni.

Huda pon dah mencuba salah satu produk Shaklee ni iaitu Alfafa.

Kesannya memang superb! Immmediately terus menjadi.

Tu je lah al-kisah Huda setakat ni.


Kejayaan Bersama Shaklee.

Shaklee telah membayar lebih enam bilion kepada insan yang sama seperti anda.

Adakah anda yang seterusnya?
  • mempunyai pendapatan tambahan
  • menjadi bos pada diri sendiri
  • mengawal nasib sendiri
  • meluangkan masa yang lebih bahagia dengan keluarga
  • nikmati kerja dan hidup yang lebih sihat
Kisah sebenar, mendapat yang TERBAIK dalam kehidupan.

Tangga Kejayaan Shaklee.

Berbanding menerima gaji tetap dalam kerjaya anda untuk mencapaikan tujuan impian orang lain, perniagaan Shaklee ini milik anda sendiri dan tidak mempunyai had pendapatan.

Apa yang anda usahakan, itulah yang akan anda raih di kemudian hari.

Berapakah wang yang anda inginkan?

Di manakah anda letakkan diri anda?


Jadilah AHLI SHAKLEE sekarang! Dan nikmati setiap BONUS yang Shaklee berikan.

Hubungi Huda di :

Call : 0179863963