Total Pageviews Huda

Tuesday, 11 February 2014

Syarat-Syarat Menjadi Ahli Shaklee


Seperti yang korang tahu, untuk menjadi Ahli Shaklee perlulah :
  1. bayaran keahlian RM75 atau
  2. pembelian 200uv produk Shaklee

Syarat-syaratnya :
  1. Komputer / laptop / tablet / smartphone.
  2. Talian internet.
  3. Talian telefon.
  4. E-mail.
Korang tak perlu :
  1. simpan stok.
  2. modal banyak.
  3. pergi pos office.
  4. jumpa customer.

Berminat menjadi AHLI SHAKLEE?

Boleh hubungi Huda di :
Call : 0179863963

Monday, 10 February 2014

Meroyan!

Apa khabar mama-mama sekalian?

Huda harap mama-mama semua dalam keadaan sihat dan sejahtera hendakNya.

Hari ni Huda ada order PAVLOVA.
Ni haa...rupa PAVLOVA...
Tengok orang post kt fb sedap jee...Hehe, apa lagi...Huda pon cuba lah.

Rasanya tak macam yang Huda expect.

Tapi agak sedap.

Cuma tak berapa pandai cara nak makan.

Al-maklumlah orang melayu tulen.

Tajuk entry Huda kali ni pasal MEROYAN atau KEMURUNGAN.

Biasanya penyakit ni menghidapi wanita selepas bersalin.

Meroyan kadang kala di salah anggap sebagai murung baby dimana hari pertama selepas bersalin korang akan jadi muram, sering menangis, letih dan rasa tertekan.

Ini disebabkan oleh perubahan hormon secara mendadak dalam badan korang.

Tetapi dengan bantuan yang sesuai, korang berasa lebih sihat dalam beberapa hari.

Namun, meroyan tidak seperti murung baby tetapi ia satu penyakit yang tidak boleh sembuh tanpa rawatan.

Tanda-tanda meroyan adalah berbeza :
  • perasaan putus asa
  • bersalah
  • amat letih
  • muram
  • sering menangis
  • sunyi
  • gelisah
Yang pastinya setiap ibu merasakan satu atau lebih perasaan pada masa-masa tertentu.

Tetapi jika ibu lemah dan perasaan tersebut tak hilang walaupun masa terus berlalu, korang maybe menghidap meroyan atau kemurungan postpartum.

Kebiasaannya, perasaan tersebut wujud apabila baby berusia antara 4 hingga 6 weeks tetapi adakalanya ia bermula beberapa bulan selepas bersalin.

Sebelumnya, ibu berasa gembira menjaga baby baru lahir, kemudian perasaan kemurungan datang secara tiba-tiba.

Punca-punca :
  • kemurungan atau masalah sakit mental terdahulu atau kemurungan semasa hamil.
  • suami kurang menyokong atau tidak mempunyai keluarga atau kawan-kawan  yang tinggal berdekatan.
  • masalah kewangan. perumahan, kerja
  • kelahiran yang rumit dan masalah kesihatan yang menyusul
  • melahirkan bayi pramatang atau tak sihat
  • kesukaran untuk menyusu badan
  • memori sedih yang diingat kembali
Anda disarankan mengambil Set Berpantang Shaklee di mana :


 B-COMPLEX
  • mengandungi kesemua 8 vitamin penting iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin membantu menambah selera, mengurangkan stress, menghasilkan tenaga dan juga penting untuk replikasi sel darah merah sekiranya letih dan lesu.
SR VITA-C
  • mengukuhkan sistem imunisasi, mengurangkan stress dengan membantu kelenjar adrenal mengawal penghasilan hormon stress dalam tubuh disamping membantu membina kolagen dan membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepada disebabkan rambut gugur.
VITA-LEA
  • multivitamin dan mineral yang disaluti dengan spirulina memberi tenaga pada kadar segera dan sangat membantu ibu yang menghadapi masalah tidur semasa berpantang.
  • ianya mempunyai imbangan nutrisi lengkap membantu dalam menangani masalah kurang selera, tekanan darah rendah, depresi, kebas-kebas, letih dan lesu, masalah anemia dengan pembentukan sel darah merah dan juga gula rendah.
ZINC
  • meningkatkan rasa makanan dan deria bau, mengukuhkan akar rambut ketika berpantang kerana kebiasaan rambut gugur terjadi kepada wanita yang menyusukan anak dan masih berpantang.

JOM DAPATKAN SET BERPANTANG SEKARANG!!

Hubungi Huda di :

Call : 0179863963

Sunday, 9 February 2014

Anak Susah Makan Sayur?


Alhamdulillah, Hamkahaiy makan jugak sayur walaupun tak banyak.

Selalunya Huda potong kecik-kecik sebab kalau masa makan Hamkahaiy rasa ada sayur terus dia muntahkan semua yang ada dalam mulut dia.

Ibu selalu mengeluh bila anak menolak untuk makan sayur.

Cara lain adalah dengan bertukar kepada buah tetapi ada juga kanak-kanak yang tidak suka makan buah.

Mesti pening kepala mama kan?

Jom mama ajak anak-anak kupas dan potong buah seperti biasa kepada sesuatu 'cara' yang luar biasa!

Pasti seronok dan teruja nak makan nanti!

Jangan lupa berikan nama yang menarik bagi menggambarkan hidangan tersebut.

Bahan-Bahan :
  • Epal hijau
  • Strawberi
  • Anggur Hijau
  • Marsmallow
Cara menyediakan :
  1. Potong epal hijau, anggur dan strawberi.
  2. Susun mengikut kreativiti sama ada membentuk haiwan atau lain-lain objek.
Sesuai dihidang awal pagi atau waktu yang sesuai.


Selamat mencuba.

Saturday, 8 February 2014

Shaklee Free Membership!

Aik? Shaklee pon ada free membership ye?

Betul, Shaklee juga ada free membership iaitu dengan pembelian bernilai RM600+ atau bersamaan 200uv produk Shaklee.



Boleh rujuk UV mengikut jadual di atas.

Korang jugak boleh kongsi pembelian dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga.

Lepas korang pilih 200UV, Huda akan quotekan harga ahli terus.

Lagi satu 200UV ni akan terus masuk kat ID korang.

Dan CONFIRM korang terus berpeluang mendapat BONUS BULANAN dari Shaklee.

Minima korang akan dapat RM25.

RM25 tu berbaloi sangat-sangat dear!!


Berminat menjadi AHLI SHAKLEE??

Hubungi Huda di :

Call : 0179863963

Kehamilan Anggur?

Apa itu Kehamilan Anggur?


  • Kehamilan anggur atau mola hidatidosa merupakan keadaan rahim yang tidak berisi janin.
  • Sebaliknya hanya berisi gelembung-gelembung mirip buah anggur.
  • Sel telur (sel dalam) terhenti perkembangannya pada minggu ketiga atau keempat.
  • Sel luar (trofoblas) sahaja yang berkembang membentuk plasenta.
  • Masalah ini mungkin dapat dikesan seawal minggu keenam kehamilan.
  • Sel trofoblas yang kosong ini kemudiannya membengkak, membentuk gelembung-gelembung berisi cairan, seperti buah anggur.
  • Ada yang antara 1mm hingga 2cm.
  • Jika dilihat melalui mikroskop, tidak ada pembuluh darah di dalamnya.
  • Bagaimanapun jumlah selnya tetap terus bertambah.
Simptom Kehamilan Anggur :
  • Kadar HormonChorionic Ginadothropin (HGC) tinggi.
  • Kandungan kelihatan lebih besar, hamil tiga bulan seperti enam bulan.
  • Mual dan muntah yang luar biasa pada trimester pertama.
  • Berlaku pendarahan yang berulang.
Faktor terjadinya Kehamilan Anggur :
  • umur
  • pernah mengalami kehamilan anggur
  • pernah keguguran
  • kekurangan Vitamin A
Risiko wanita mengalami kehamilan anggur adalah 6 dan 8 kali lebih besar jika kadar vitamin A dalam darahnya kurang.

Risiko itu akan meningkat bila kehamilannya adalah kehamilan pertama.

Pengambilan vitamin A pada biakan sel-sel kehamilan anggur terbukti dapat meningkatkan kematian sel kehamilan anggir.

Hasil kajian juga menunjukkan Vitamin A akan meningkatkan proses penyembuhan dan mencegah terjadinya kanser yang disebabkan sel kehamilan anggur yang tumbuh berlebihan.

Manfaat lain adalah memperbaiki fungsi hati kerana Vitamin A boleh menyebabkan kelainan fungsi hati.

VITAMIN A
  • dikenali sebagai RETINOL.
  • salah satu vitamin larut dalam lemak.
  • boleh diperolehi daripada haiwan atau sayur-sayuran. Sayuran untuk menghasilkan beta-korena ditukarkan menjadi vitamin A.
  • pada daging, susu, keju, hati, minyak ikan COd
  • pada sayuran berwarna hijau seperti bayam, lobak, labu, brokoli, betik, mangga, aprikot, lada merah. Semakin tua warna sayuran tersebut semakin banyak kandungan beta kerotennya.
Produk Shaklee yang mempunyai Vitamin A seperti :
 
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee??

Boleh hubungi Huda di :

Call : 0179863963


Resipi Puding Mudah

Tak kira dewasa atau kanak-kanak, semua pasti sukakan puding kan?

Huda shared sedikit resipi mudah untuk mommy-mommy sekalian <3

sekadar hiasan :)

Bahan-bahan:
  • 25gm serbuk agar-agar
  • 250ml susu cair
  • 250ml air
  • 5gm gula buah-buahan
  • 100gm gula
  • hirisan buah strawberi (untuk hiasan)
Cara menyediakan :
  1. Didihkan air bersama gula sehingga hancur. Kacau rata.
  2. Tuangkan susu cair.
  3. Masukkan serbuk agar-agar kemudian tutup api dan masukkan gula buah-buahan.
  4. Setelah mendidih, angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Sejukkan.
Selamat mencuba :)

Al-Kisah Huda

Assalamualaikum mommy-mommy.

Group Cream of The Cream buat task for 30 days.

Huda berminat nak join bukan sebab hadiah taw.

Dengan cara ni Huda boleh memperbanyakkan entry dalam blog Huda ni.

Thanks kepada penganjur 'Moyang' Deeja.

Ok, berbalik kepada tajuk di atas.

Huda nak ceritakan pasal Huda dari kecik sampai sekarang ni.

Agak panjang kot. Hehe. Bolehlah sape-sape nak mengenali Huda lebih dekat lagi.

Nama penuh Huda ialah NurulHuda binti Alias. Huda adalah anak sulung daripada 5 beradik. 

Adik beradik Huda ada 3 perempuan dan 2 lelaki. 

Masing-masing berumur 28 tahun (Huda), 27 tahun (Fattah), 26 tahun (Wahidah), 24 tahun (Fadilah) dan 18 tahun (Hakimi).

Emak Huda berumur 50 tahun bernama Zabiah binti Ismail. 

Ayah Huda berumur 55 tahun bernama Alias bin Che Muda. 

Ayah Huda dah pencen awal tahun 2013. 

Emak Huda suri rumah sepenuh masa.

Tahun 2011-2012 je mak kerja. 

Katanya bosan duk kat rumah. 

Maklumlah anak-anak dah besar.

Huda bersekolah pra di PASTI, Kampung Limbong. 

Dan bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Paka (sekolah yang dekat jambatan paka tu) dari tahun 1991-1997. 

Kemudian bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka (sekolah menengah kt jalan santong ni) dari tahun 1998-2000.

Dengan keputusan PMR Huda yang dapat melayakkan Huda ke Sekolah Teknik Tanah Merah dalam jurusan katering. 

Tapi sekarang ni Huda tak pandai pulak masak. Hehe.

Best taw duk Kelantan. 

Makanan sedap-sedap dan murah-murah (zaman 2001-2002 lah, sekarang maybe makin mahal), kawan-kawan semua baik-baik. 

Diaorang siap ajak balik rumah diaorang lagi. 

Bestkan?. 

Macam jakun pulak gi kampung orang dengan kita punya loghat Terengganu yang tak boleh tinggal. Haha.

Can you all imagine my situation?.

Duk sana memang perut sentiasa penuh. 

Takde masa lapar. 

Dah pun amik course katering. 

Hari-hari mesti masak punya. 

Ada jugak jual taw. 

Yang tak habis, Huda lah habiskan. 

Yummy....yummy best!

Habis je SPM tahun 2002 kembalilah ke rumah (Paka). 

Sementara tunggu cukup umur 19 tahun, Huda kerja kat kedai baju. 

Kenalan ayah Huda.

Satu hari tu kitaorang gi Centre Point, Kemaman. 

Ayah cakap ada orang buat pendaftaran belajar. 

Then daftarkanlah Huda.

Next month terus masuk belajar course Sijil Sains Komputer tahun 2003 selama 6 month di Saujana, Setiu, Terengganu. 

Pointer alhamdulillah lepas lah. 

Tapi tak lah 4 flat. Hehe.

 Mula-mula Huda tak minat. 

Lama-lama jatuh cinta pulak. 

Kata orang 'tak kenal maka tak cinta'.

Habis je sijil terus sambung diploma. 

Dua semester kat Saujana, kolej bertukar ke Puterajaya, Setiu, Terengganu. 

Wah dengan persekitaran luas dan di atas bukit, berkobar-kobar lah nak study.

Pointer pulak merundum jatuh. 

Last semester pointer atas tong je. 

Sipi-sipi lagi nak kene repeat semester. 

Tapi yang penting loan belajar kena bayar half je.

Dah habis belajar, Huda kerja kat kedai stationary dan kedai gambar. 

Kenalan ayah jugak. 

Kerja bagai nak rak. 

Tolak kwsp tapi dalam akaun kwsp zero.

Sedih taw. Last-last berenti kerja.

Kerja kat kedai advertise pulak. 

Kerja sini tunggu order je. 

Menunggu itu satu penyeksaan. Haha.

Last-last dapat tawarn belajar JASPER. 

Jasper ni ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk remaja yang minat dalam bidang programming. 

Oleh kerana Huda pernah belajar sains komputer. 

So Huda terimalah tawaran Jasper ni.

Syok belajar dengan teacher original from India. 

Cannot speaking malay even terengganu. 

Memang mati kutulah.

However teacher ni ada usaha nak belajar loghat terengganu.

So belajar-belajar. 

2 3 kali fail exam. 

Teruskan jugak. 

Then dapat disambung ke Kuala Terengganu.

Wah...yang ni best. 

Kerja goyang kaki and dapat gaji RM1k every month.

Pastu habis kontrak. 

Balik rumah duduk goyang kaki. 

Gi kursus EIO kat Teluk Kalong. 

Last-last mak tak bagi.

So, kerjalah kat butik muslimah.

Gaji RM250 je, dapat komisen sikit cukuplah buat belanja hari-hari.

Lepas tu kerja kat kedai stationary as clerk. 

Gaji RM450 buat macam-macam kerja. 

Yelah belajar demi sebuah pengalaman.

Suatu hari Huda excident. 

Terbelah lutut sebelah kanan taw. 

Time kena tu tak sakit pon. 

Yang tahu nak heret motor ke tepi jalan. 

Manusia berduyun-duyun pakat duk tengok. 

Motor stuck kat tayar belakang. 

Adalah mamat ni tolong bawak g klinik kesihatan paka.

Doktor nak jahit, Huda tak nak. 

Mamat ni lah pujuk suruh jahit. 

Akhirnya jahitlah. 

Sekarang ada lagi bekas parut kat lutut ni. 

Tanda yang akan kekal sampai bila-bila.

Berbulan-bulan gak baring je. 

Bos asyik tanya bila nak masuk kerja. 

Pastu berenti sebab lama bercuti tanpa gaji.

Lepas Huda sihat dari kecederaan, bos bagi tawaran jadi clerk kat kedai sulaman. 

Kerja kejap je pon.

Pastu duk rumah sambil cari kerja lain. 

Lama jugak lah mencari.

Akhirnya apply kerja as site clerk pada tahun 2010. 

Dapat. Gaji yang sangat-sangat mahal (bagi Hudalah, bagi orang lain maybe tak lah).

Akhirnya sampailah jodoh Huda dengan orang Kemaman. 

Kawinlah kami (Huda&Haafiz) bersama dengan adik Huda (Wahidah&Adi).

28/7/2011 lahirnya Muhammad Hamkahaiy yang menerangi rumah tangga kami. 

Muhammad Hamkahaiy ni hyperaktif orangnya. 

Huda pon dah tak larat nak kejar selalu.

Julai 2013 kontrak Huda habis. 

So duk rumah lah sambil buat dropship online. 

Masyukkk taw...Huda dapat beli henset sebijik. 

Walaupon henset tak lah android, tapi berkat usaha promote dan jual barang yang tak henti-henti.

So sekarang ni Huda mencuba Shaklee pulak. 

Even belum dapat apa-apa bonus tapi dah terjual produk Shaklee ni.

Huda pon dah mencuba salah satu produk Shaklee ni iaitu Alfafa.

Kesannya memang superb! Immmediately terus menjadi.

Tu je lah al-kisah Huda setakat ni.


Kejayaan Bersama Shaklee.

Shaklee telah membayar lebih enam bilion kepada insan yang sama seperti anda.

Adakah anda yang seterusnya?
  • mempunyai pendapatan tambahan
  • menjadi bos pada diri sendiri
  • mengawal nasib sendiri
  • meluangkan masa yang lebih bahagia dengan keluarga
  • nikmati kerja dan hidup yang lebih sihat
Kisah sebenar, mendapat yang TERBAIK dalam kehidupan.

Tangga Kejayaan Shaklee.

Berbanding menerima gaji tetap dalam kerjaya anda untuk mencapaikan tujuan impian orang lain, perniagaan Shaklee ini milik anda sendiri dan tidak mempunyai had pendapatan.

Apa yang anda usahakan, itulah yang akan anda raih di kemudian hari.

Berapakah wang yang anda inginkan?

Di manakah anda letakkan diri anda?


Jadilah AHLI SHAKLEE sekarang! Dan nikmati setiap BONUS yang Shaklee berikan.

Hubungi Huda di :

Call : 0179863963

Anemia Ketika Hamil!

Kebanyakan ibu hamil mengalami satu masalah penyakit anemia atau kurang darah.

Gejala ini sangat mudah dikesan berdasarkan fizikal ibu sendiri.

Antara ciri-cirinya :
  • warna kelopak mata yang pucat,
  • kerap berasa letih dan
  • sukar fokus pada sesuatu.
Gejala anemia semakin teruk ialah :
  • rambut gugur,
  • nafas pendek,
  • kuku cekung seperti sudu,
  • sukar menelan
Kebiasaannya, ibu hamil disarankan membuat pemeriksaan hb melaui ujian darah.

Apabila kadar hb (hemoglobin) kurang daripada 11g/dl, doktor biasanya menyarankan pemeriksaan darah lanjutan termasuk siasatan kemungkinan ada penyakit lain yang mungkin menjadi penyebab.

Ini bagi memudahkan doktor menyesuaikan jenis rawatan dan faktor terjadinya anemia kepada ibu tersebut.

Jika anemia berlaku akibat kekurangan protein, ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti :
  • telur,
  • ikan,
  • daging,
  • ayam,
  • makanan laut dan
  • susu
Jika anemia berlaku akibat kekurangan asid folat atau zat besi, maka pemberian supplement perlu dilakukan dengan pengawasan daripada doktor anda.

Supplement keluaran Shaklee juga dapat mengatasi masalah hb rendah.

Ibu hamil boleh amalkan VITA-LEA.
VITA-LEA IRON FORMULA MULTIVITAMIN & MULTIMINERAL

Multi yang hebat
  • supplement seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu milik.
  • Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Diambil secara harian, Vita-Lea boleh :
  • meningkatkan kesihatan dan kecergasan menyeluruh.
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan kesihatan mata.
  • meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi dan
  • memberikan perlindungan terhadap kerosakan akibat serangan radikal bebas.
Perbezaan Shaklee
  • disokong oleh tujuh kajian klinikal
  • teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  • Vita-Lea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk
Keperluan harian zat besi dan asid folat ketika hamil meningkat dua kali ganda berbanding sebelum hamil.

Oleh itu doktor menyarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau supplement.

Jika pemberian supplement masih tidak mampu memenuhi keperluan zat yang berkurangan, maka rawatan memberi zat besi atau asid folat intravena atau transfusi perlu dilakukan dengan pengawasan doktor sakit puan anda.

Friday, 7 February 2014

Tips Ajar Baca A B C

Ibu dan ayah mesti sangat teruja nak mengajar anak membaca dan ianya bermula di saat anak pandai meminta dibelikan buku dan warna.

Huda sendiri mengajar Hamkahaiy seawal umur 6 bulan.

Sebenarnya bukanlah satu paksaan untuk mengajar anak membaca A B C di saat anak menunjukkan minat terhadap buku dan alat tulis.

Ia sekadar memperkenalkan anak dengan abjad asas dan sebagai cara merangsang kemahiran membaca serta mendisiplinkan anak duduk diam seketika.

Tapi jangan sampai korang jadikan rutin ini satu paksaan kepada anak yang akan mengakibatkan anak yang baru beusia 3 hingga 4 tahun takut untuk melangkah ke alam persekolahan kerana bosan belajar membaca.

Tapi teknik ni berkesan untuk anak-anak yang akan memulakan prasekolah.

Secara tak langsung ia membantu anak membuat persediaan dan tak terkejut apabila berada di dalam kelas.

Tetapi kebanyakan ibu bapa zaman sekarang sudah mendedahkan anak mereka dengan abjad asas A B C sejak usia awal lagi.

Tak hairanlah guru-guru di sekolah tidak sukar hendak memulakan pengajaran awal kerana anak-anak sudah biasa dengan pendidikan awal.

Tip yang boleh dijadikan panduan ialah :
  1. Tutup sebahagian daripada bahan bacaan.
  2. Baca sekejap-sekejap dan rehat. Buat aktiviti fizikal seperti melompat di atas trampoline atau pergerakan silang. Kemudian sambung membaca semula.
  3. Beri anak mainan 'fidget' untuk dipegang sambil membaca seperti bola atau mainan plastik lembut.
  4. Galakkan anak guna jari untuk menunjuk kepada perkataan yang sedang dibaca.
  5. Apabila membca kuat, latih anak berhenti dan ambil nafas di setiap ayat. Sekiranya ayat itu panjang, ambil nafas pada tanda koma.
  6. Jadikan sesi bacaan menyeronokkan. Membaca sambil bermain. Ia pasti membuatkan anak anda seronok membaca.
Selamat mencuba ;)