Swift! Idamanku!
Dah pun task ke-12.
Tajuk kali ni kereta impian.
Seperti entry lepas bertajuk Impian Huda!!. Huda ada ceritakan pasal impian Huda.
In sha ALLAH dengan izinNya dan usaha empat kerat Huda sendiri, Huda pasti BOLEH apa yang Huda impikan.
Kereta impian Huda pastinya Swift!
Nak tahu kenapa?
Firstly Huda ceritakan pasal kereta impian Huda ye.
Generasi kedua Suzuki Sport 1.6 merupakan kereta yag dibawa 100% dari Jepun dan ia didatangkan dengan reka bentuk yang menarik dan didatangkan dengan enjin yang lebih berkuasa.
Suzuki Swift Sport menggunakan enjin MI6A yang menghasilkan 134hp pada 6,900rpm dan 160Nm pada 4,400rpm. Suzuki juga menaik taraf beberapa sistem pada versi terbaru swift antaranya transmisi gear dari lima kelajuan dinaik taraf kepada enam kelajuan. Suzuki mengatakan Suzuki Sport mampu mencapai 8.7saat 0-100km/h.
Transmisi manual mempunyai 10km/h lebih laju daripada transmisi CVT dengan kelajuan maksima 195km/h. Penggunaan minyak untuk transmisi manual dikatakan pada 6.5liter untuk 100km dan CVT pula menggunakan 6.4liter untuk 100km.
Apa yang menarik lagi tentang Swift Sport adalah versi ini didatangkan dengan bodykit yang menarik. Bumper di bahagian depan dan belakang. Skirts di bahagian tepi, spoiler di bahagian atas, lampu bi-xenon dan exzos berkembar serta rim 16inci.
Bahagian dalaman juga turut dibuat menarik, kerusi yang menggunakan kain hitam dengan jahitan kontras merah. Swift Sport juga turut menyertakan kawalan pelayaran, automatik aircond, pedal keluli tahan karat dan sistem keselamatan termasuk enam beg udara. ABS, ESP, tali pinggang keledar tiga mata penuh. Model CVT pula menggunakan sistem pemegang bukit untuk keselamatan anda ketika menggunakan jalan berbukit.
Kereta ini lebih lebar 55mm dari versi lama dan keluasan lain juga bertambah 125mm. Berat kereta ini juga dikurangkan 30kg dari versi dahulu. Berat versi manual 1,070kg manakala berat CVT 1,085kg. Suzuki Swift Sport 1.6 di datangkan dengan dua variasi warna iaitu Champion Yellow dan Snow White Pearl.
Huda lagi suka kaler merah. Merah mak ngah. Hehe.
Wah..panjang lebar entry Huda pasal kereta idaman ni.
Maklumlah fanatik sangat. Hehe.
Sekian,
Huda.
No comments:
Post a Comment