Total Pageviews Huda

Thursday, 26 December 2013

Kenali Sakit Jantung.


Apa itu sakit jantung?

Sakit jantung adalah salah satu penyakit kardiovaskular yang menyerang jantung kita.

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. 


Bila sahaja otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi, seseorang itu dikatakan menghidap sakit jantung.


Bekalan darah ke otot jantung tidak mencukupi kerana disebabkan oleh saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi oleh lemak iaitu kolestrol.


Kesakitan yang amat sangat dirasai pada bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam dan terus menjalar ke arah tangan kiri dan rahang serta mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.Penyebab rasa sakit ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian jantung tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih bahaya serangan jantung. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian otot jantung akan rosak dan ini akan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat dan dinamakan "serangan sakit jantung".

Punca-punca sakit jantung?
  • asap rokok
  • kandungan lemak yang tinggi
  • kurang bersenam
  • darah tinggi
  • kencing manis
  • keturunan
  • berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan
  • perokok
  • gagal mengawal tekanan darah
  • penghidap kencing manis
  • masalah mengawal tekanan
  • pemakanan yang tinggi kolestrol dan lemak
  • kurang memakan sayur dan buah segar

No comments:

Post a Comment