Total Pageviews Huda

Thursday 30 January 2014

Mineral

Untuk mengekalkan kesihatan kita, badan juga memerlukan mineral.

Mineral merupakan nutrien bukan organik yang mesti diperolehi melalui gizi kita.

Mineral tidak membekalkan tenaga dan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan :
  • makromineral
  • mikromineral
Makromineral diperlukan dalam kuantiti yang besar secara relatif (lebih dari 100mg sehari).

Contoh :
  • kalsium
  • magnesium
  • fosforus
  • natrium
Mikromineral diperlukan dalam kuantiti yang kecil (kurang dari 20mg sehari).

Contoh :
  • zink
  • iodin
  • kuprum
  • mangan
 Garam Mineral
Sumber 
Fungsi 
Kekurangan 
Makromineral
Kalsium
-> susu
-> keju 
-> untuk pembentukan tulang dan gigi
-> untuk pengecutan otot
-> untuk konduksi saraf
-> untuk pembekuan darah
-> rikets dalam kanak-kanak
-> osteomalasia pada orang dewasa akibat tulang lembut 
-> osteoporosis akibat kehilangan jisim tulang
-> kelemahan pembekuan darah
Fosforus
-> susu
-> keju
-> telur 
-> untuk pembentukan tulang dan gigi
-> komponen asid nukleik (DNA, RNA) dan ATP 
-> rikets pada kanak-kanak
-> tulang rapuh
-> badan lemah 
Kalium
-> susu
-> telur
-> sayuran
-> untuk konduksi saraf
-> untuk pengecutan otot 
-> serangan jantung
-> lumpuh 
Sulfur
-> daging
-> susu
-> telur
-> juzuk beberapa jenis asid amino
-> memperngaruhi pertumbuhan dan aktivit enzim 
Natrium
-> garam biasa
-> untuk konduksi saraf
-> untuk pengecutan otot
-> untuk keseimbangan air dan asid-bes
-> kekejangan otot
-> kelesuan 
Klorida
-> garam biasa 
-> untuk keseimbangan air
-> untuk penghasilan HCI dalam jus gastrik
-> dehidrasi
-> muntah 
Magnesium
-> sayuran hijau
-> bijirin
-> mengaktifkan sesetengan enzim
-> untuk pembentukan tulang dan gigi
-> denyutan jantung tak seragam
-> kejang otot 
Zink
-> daging
-> legum
-> mengaktifkan sesetengah enzim
-> sintesis protein
-> anemia
-> kelesuan 
Besi (FE2+)
-> hati
-> daging merah
-> kuning telur
-> sayuran hijau
-> komponen hemoglobin
-> mengaktifkan sesetengah enzim
-> anemia
-> kelesuan
Florida
-> air minuman
-> sayuran
-> menguatkan enamel dan gigi 
-> kerosakan gigi 
Iodin
-> makanan laut
-> sintesis tiroksina
->  kretisnisme kanak-kanak
-> gioter




Vitamin Larut lemak & Vitamin Larut Air

Vitamin merupakan sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil.

Vitamin tidak membekalkan tenaga tetapi amat perlu bagi pelbagai aktiviti metabolisme sel dan juga untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Sekiranya vitamin tidak mencukupi di dalam gizi, ini mungkin mengakibatkan penyakit kurang zat.

Vitamin A, D, E dan K adalah vitamin larut lemak.

Vitamin-vitamin ini disimpan di dalam hati dan tisu lemak di dalam badan.

Vitamin B dan C adalah vitamin larut air.

Vitamin-vitamin ini tidak dapat disimpan di dalam badan.

 Vitamin
Sumber 
Fungsi 
Kekurangan 
Vitamin Larut Lemak
A (retinol)
-> minyak hati ikan
-> hati
-> susu
-> sayuran hijau
-> lobak
-> tomato 
-> untuk pengekalan tisu epilium
-> untuk pembentukan pigmen dalam retina
-> sebagai antioksida
-> Xeroftalmia-kulit menjadi kering dan bersisik. Kornea menjadi kering.
-> rabun malam-tidak boleh melihat dalam cahaya suram.
D (kalsiferol)
-> minyak hati ikan
-> kuning telur
-> hasil tenusu
-> disentesiskan oleh kulit apabila terdedah kepada cahaya matahari
-> membantu penyerapan kalsium dan fosforus
-> penting dalam pembentukan tulang dan gigi
-> rikets-pembentukan tulang yang tidak baik, kaki bengkok.
-> osteomalasia-tulang orang dewasa menjadi lembut dan risiko mengalami keretakan adalah tinggi.
E (tokoferol)
-> bijian
-> kacang
-> susu
-> minyak sayuran
-> sayur-sayuran
-> sebagai antioksida
-> menghalang kerosakan fosfolipid dalam membran plasma
-> anemia.
-> boleh menyebabkan kemandulan pada tikus.
K (filokuinon)
-> sayuran hijau
-> disentesiskan oleh bakteria dalam usus manusia
-> untuk pembekuan darah
-> kekurangan yang sedikit akan mengakibatkan pembentukan darah yang perlahan.
-> kekurangan yang teruk akan mengakibatkan kegagalan darah membeku. 
Vitamin Larut Air
B1 (tiamin)
-> yis
-> hati
-> bijian
-> legum
-> telur
-> susu
-> untuk pembentukan koenzim bagi respirasi sel 
-> beri-beri-otot lemah, penyakit saraf, oderma. 
B2 (riboflavin)
-> yis
-> hasil tenusu
-> telur
-> hati
-> untuk pembentukan koenzim bagi respirasi sel
-> dermatitis-luka pada kulit seperti radang pada tepi mulut.
-> kegatalan mata
B3 (niasin)
-> yis
-> hati
-> daging tanpa lemak
->bijian
-> telur
-> untuk pembentukan koenzim bagi respirasi sel 
-> pelagra-penyakit saraf, dermatitis, cirit-birit. 
B5 (asid pantotenik)
-> daging
-> telur
-> ikan
-> hati 
-> untuk pembentukan koenzim bagi respirasi 
-> koordinasi otot dan saraf yang lemah. 
B6 (piridoksin)
-> hati
-> telur
-> bijian
-> bijirin
-> untuk pembentukan koenzim
-> untuk metabolisma asid amino dan asid lemak 
-> anemia.
-> dermatitis.
-> kemurungan. 
B12 (sinokobalamin)
-> hati
-> telur
-> susu
-> keju
-> daging
-> untuk pembentukan sel darah merah biasa
-> anemia berbahaya.
-> kejang otot.
-> kehilangan berat badan. 
Asid Folik
-> sayuran hijau
-> bijian
-> kacang
-> legum 
-> untuk sintesis asid nukleik
-> untuk pembentukan eritrosis 
-> anemia.
-> kelesuan. 
Biotin
-> yis
-> hati
-> daging
-> legum 
->koenzim dalam lemak dan metabolisma asid amino
-> dermatitis.
-> penyakit otot.
C (asid askorbik)
-> buah-buahan 
-> sayur-sayuran 
-> sebagai antioksida
-> untuk pembentukan kolagen
-> untuk pembentukan gusi, tisu penghubung salur darah dan tulang yang kuat
-> skurvi.
-> anemia.
-> luka lambat pulih. 

Vitamin D kadang kala dipanggil vitamin 'sinar matahari' kerana ia boleh disentesiskan oleh tindakan cahaya matahari pada kulit.

Vitamin K disentesiskan oleh bakteria yang hidup dalam usus manusia.

Antioksida adalah bahan yang melambatkan kadar tindak balas pengoksidaan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah dipotong terdedah kepada oksigen di udara, dan ini mengakibatkan pengoksidaan vitamin C.

Memasak juga boleh memusnahkan sebahagian vitamin C.

Friday 24 January 2014

Menu & Jadual Makan Hamkahaiy

Bagi anak-anak yang agak picky macam Hamkahaiy ni, Huda ada buatkan jadual untuk panduan mama-mama semua.
BANGUN TIDUR (6AM)
~> SUSU 1 GELAS (8AUNS) + 1SUDU MEAL SHAKES SHAKLEE
MAKAN PAGI (8AM)
~> NASI + OMELET TELUR KEJU + BAYAM
SNACK PAGI (10AM)
~> BUAH BETIK 1/2 MANGKUK
11AM
~> 1 GELAS SUSU (8AUNS)
MAKAN TENGAHARI (12.30PM)
~> NASI + SUP AYAM + 1BIJI OMEGA GUARD
SNACK PETANG (3PM)
~> PUDING 1 CAWAN
5PM
~> SUSU 1 GELAS (8AUNS)
MAKAN MALAM (6.30PM)
~> NASI + IKAN FILET + BROKOLI CINCANG
Ini hanyalah panduan, selera atau minat anak-anak adalah mengikut selera masing-masing.

Saturday 18 January 2014

Merokok!!


Bab merokok ni memang ramai di luar sana yang merokok.

Suami Huda sendiri merokok.

Alhamdulillah ayah Huda dah berhenti merokok hampir setahun yang lalu.

Dan adik lelaki Huda tak merokok. 

Cuma tak tahu yang bongsu ni merokok ke idok.

Setiap kali orang lain merokok, Huda rasa seakan-akan lemas.

Bagaimanalah rasanya perokok itu sendiri ye??

Huda pernah tanya suami Huda, apa rasa rokok tu? Jawabnya rokok dapat hilangkan stress.

Tapi dengan cara yang salah. Malah merokok boleh menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung.

Yelah, belum kena penyakit-penyakit tu yang tak confident nak berhenti.

Takkan lah dah sakit baru nak berhenti.

Kadang-kadang Huda tengok orang yang merokok ni diaorang cakap susah nak berhenti, tak boleh nak berhentilah, sayanglah.

Tak fikir agaknya apa yang akan jadi kat diri sendiri tu nanti.

Susah nak berhenti? Kalau dah NEKAD nak berhenti boleh jugak berhenti.

OK, kat sini Huda nak syorkan apa yang boleh membantu korang semua yang merokok sekaligus menyihatkan badan.

VIVIX..TONIK MUJARAB ZAMAN MODEN!!

Korang pernah dengar VIVIX?

Semua ramai yang dah tahu apa itu VIVIX dan fungsi-fungsi VIVIX.


Vivix 150ml 
Cara pengambilan 1 sudu teh (5ml) setiap hari selama 30 hari (1bulan).

Revolusi penemuan Shaklee ialah minuman campuran botani Vivix merupakan revolusi penemuan dalam pemakanan polifenol.

Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan.

Vivix mencegah penuaan di peringkat selular. Setiap hari sel anda diserang dengan tekanan, diet tidak seimbang dan toksin alam sekitar. Lebih banyak serangan dihadapi, lebih tinggilah peluang mendapat penyakit berkaitan kesan penuaan yang bakal dihidapi. Lindungilah sel-sel tubuh anda secara semulajadi, dengan pelbagai bahan Shaklee yang telah diuji secara klinikal.

Meh kita buat pengiraan harga sikit.

Harga sekotak rokok paling koman RM4.50 (15 batang)
Sehari hisap 3 kotak (45 batang)
Sebulan RM4.50 x 3 x 30hari = dah RM405!

Lagi berbaloi beli supplement atau buat simpanan.

Supplement untuk kesihatan badan jugak kan?

Nanti dah sakit itu ini, nak kena spend duit ribu riban pulak untuk merawat.

Bak kata pepatah 'Mencegah Lebih Baik Dari Merawat'. 

Fikir-fikirkan lah!!

Berminat untuk mencuba Vivix? Hubungi Huda di :
Call : 0179863963

Impian Huda 30 Hari Akan Datang.

Hari ni 18hb Januari 2014, hari terakhir task untuk "Cabaran 30 hari Entry Blog".

"Impian Huda 30 Hari Akan Datang" banyakkkkk....

Macam yang Huda shared di Impian Huda!!!.

Apa yang Huda nak capai dalam masa 30 hari ni ialah 
  1. dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T.
  2. tablet untuk Huda dan Hamkahaiy. (MOST IMPORTANT!!).
  3. bagi duit belanja untuk emak dan ayah.
  4. settlekan semua hutang.
  5. tanggung perbelanjaan bil-bil rumah emak dan ayah.
  6. belikan supplement untuk emak, ayah, Hamkahaiy, Huda dan suami.
  7. nak buat stok Shaklee di rumah. (Gold Ambassador RM1,600).
  8. nak buat dropship di rumah.
  9. nak buat kedai depan rumah. (ala-ala kedai kotak tepi jalan tu).
  10. bersedekah kepada anak-anak yatim dan kepada yang memerlukan.
  11. buat simpanan untuk Huda dan Hamkahaiy.
  12. nak 6,000uv per month!!!
  13. nak buatkan pagar sekeliling rumah emak dan ayah.
Inilah list impian Huda dalam masa 30 hari akan datang.

Doakan Huda ye kawan-kawan semua.

Semoga korang bahagia di samping keluarga.

Salam sayang,
Huda.